Saturday, December 5, 2015

Sembelit: Faktor dan Punca

Assalamualaikum. Oleh kerana post yang lalu memberi feedback positif, maka saya akan berkongsi sedikit lagi info dan maklumat. Cuma kali ini saya akan jelaskan dengan lebih lanjut mengenai FAKTOR, PUNCA atau PENYEBAB terjadinya sembelit. 


Antara faktor terjadinya sembelit adalah: 


Kurang pengambilan serat

Pola makan yang tidak teratur, dan pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabakan sembelit. Tubuh sangat memerlukan pengambilan serat yang ada pada sayur, dan juga buah untuk melancarkan buang air besar.


Kekurangan cecair

Selain dapat membawa ke arah penyakit buah pinggang, kekurangan air putih atau cecair pada badan akan menimbulkan dehidrasi dan juga sembelit. Kerana fungsi air putih selain untuk membuat organ tubuh berjalan dengan lancar, juga agar najis yang dikeluarkan tidak akan kering dan juga keras. Minum 1.5-2liter air dan elak pengambilan kaffein kerana ia boleh mengganggu usus.

Sukan

Sukan yang jarang dilakukan juga boleh menyebabkan sembelit. Jika jarang bersukan, maka peredaran darah akan terbantut. Selain itu, lemak juga semakin mudah terkumpul kerana tidak ada pembakaran, sehingga tubuh akan menjadi lebih gemuk.

Ubat-ubatan

Dengan sering mengambil ubat ubatan kimia tanpa preskripsi dari doktor, maka ia boleh menimbulkan kesan sampingan. Kesan sampingan yang boleh dirasakan dari mengambil ubat kimia adalah sembelit. Selain sembelit, pengambilan ubat kimia dengan kadar dos yang tinggi boleh membuat seseorang mengalami kerosakan fungsi hati dan kegagalan buah pinggang.

Stress/ Tekanan 

Stress sangat berpengaruh pada kerja organ tubuh. Fikiran yang sedang stress, organ tubuh akan mengalami gangguan. Begitu juga sistem pencernaan, maka apabila sistem pencernaan mengalami halangan akan menjadi sembelit atau susah buang air besar.


Ubat gastrik/ ubat julap kimia

Mengambil ubat gastrik dan juga ubat julap kimia juga akan berpengaruh pada sistem pencernaan, Ubat julap berbentuk bahan kimia akan membuat otot usus akan mengalami masalah. Ubat gastrik kimia yang mengandungi kalsium atau aluminium akan membuat sembelit. Ubatan seperti narkotik dan antidepressan juga boleh membawa kepada sembelit.

Kemurungan

Kemurungan boleh membawa kepada sembelit. Jadilah individu yang positif dan ceria. Jika anda ada mengalami masalah, carilah keluarga dan orang yang boleh menyokong dan membantu anda. Fungsi badan boleh terganggu jika seseorang itu mengalami kemurungan.


Adakah anda ingin mengatasi masalah sembelit secara semulajadi dan selamat? Klik di SINI untuk mengetahui lebih lanjut. 


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...