Thursday, December 17, 2015

Resepi Homemade Chocolate Chip Cookies Mudah

Sekarang tekak asyik nak makan chocolate chip cookies. Hari-hari mesti nak juga makan satu keping. Apa yang special homemade? Sebab kita boleh control tahap manis dan kuantiti chocolate chip. 

Ada beberapa orang tanya resepi. Jadi saya kongsikan di sini, untuk rujukan saya juga pada masa akan datang. Senang je resepi ni. Bahan yang memang ada di rumah. Cuma chocolate chip je kena beli.


Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1      cawan gula (boleh guna juga brown sugar)
1/2    cawan butter
1       biji telur
1/2    sudu teh baking powder
1       sudu teh air panas
1/4      sudu teh garam
1       sudu teh esen vanila
Semi sweet chocolate chip

Cara-cara

1) Pukul gula dengan butter sehingga kembang. Pastikan butter tidak sejuk.
2) Masukkan telur
3) Masukkan esen vanila
4) Campurkan baking powder dengan air panas. Masukkan ke dalam adunan
5) Masukkan garam
6) Masukkan gandum. Kacau hingga sebati.
7) Masukkan chocolate chip. Tapi saya lebih gemar letak chocolate chip kemudian, iaitu sewaktu nak bakar untuk elak ia cair dalam adunan.
8) Bakar suhu 170C

Tips:
- Bakar sehingga hujung biskut bewarna perang. Bila keluar dari oven, biarkan seketika atas aluminium foil tersebut.
- Bakar atas aluminium foil. Biskut akan lembab dan masak sekata.
- Jika mahu biskut berwarna koko, boleh guna brown sugar. Tapi saya guna gula biasa je.
- Saya blend gula, tekstur gula akan lebih ringan dan biskut lebih mudah kembang.
- Gula tu saya kurangkan 2 sudu dari resepi sebab chocolate chip dah manis.


Selamat mencuba!!




0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...