Friday, December 11, 2015

Cara Rawat Keputihan (1)

Pada era ini, masalah keputihan sangat biasa dialami dikalangan wanita. Oleh kerana ia banyak terjadi sesama kaum hawa, ia diambil mudah atau dipandang ringan. Saya akui yang ramai wanita kurang memahami bahaya keputihan. Padahal masalah ini boleh membawa atau simptom kepada masalah yang lebih serius, jika tidak dirawat!

Sebenarnya, keputihan adalah sesuatu lelehan atau cairan yang keluar dari rahim wanita. Menurut Dr Mohd Nazri (pakar sakit puan), keputihan dikira normal jika keluar beberapa hari sebelum dan selepas haid, dan juga ketika waktu subur seorang wanita. Andai luar dari waktu-waktu ini, ia adalah suatu masalah dan merupakan suatu indikator rahim wanita itu tidak normal. Ha, bagaimana nak tahu normal atau tak?

Ciri-Ciri Keputihan Normal
-berbentuk cairan/ cecair
- tidak likat
- tiada bau
- tidak mendatangkan kegatalan
- kuantiti sedikit
- berwarna jernih

Warna-warna Keputihan
Kaum hawa sewajarnya ambil berat mengenai warna keputihan yang dialami. Ini kerana keputihan merupakan petanda kondisi rahim seorang wanita. 
- Kuning: keputihan yang berwarna kekuningan boleh membawa kegatalan dan kurang selesa pada faraj. Jika dibiarkan, ia akan membawa kepada jangkitan kuman yang teruk.
- Kuning-kehijauan: ketika ini bukan saja gatal, bau yang kurang menyenangkan juga mungkin terjadi. Keadaan keputihan juga mungkin lebih kental/likat. Ketika ini, rahim sudah mengalami jangkitan kuman yang agak teruk
- Coklat beserta darah: berhati-hati jika anda mengalami keputihan yang sebegini. Sebaiknya, pap smear atau pemeriksaan harus dilakukan kerana ia mungkin petanda anda mengalami kanser. 

Jika keputihan berbentuk likat, tu dah tak normal ye *face palm*

Faktor Berlaku Keputihan Tak Normal
- Hormon tak seimbang
- Keadaan pH yang tidak seimbang di ruang faraj
- Rahim terdedah kepada keadaan kurang bersih seperti pemakaian tuala wanita kurang sesuai atau kurang penukaran tuala wanita ketika haid
- Berkongsi pakaian dalam atau pakaian dalam kurang bersih
- Membasuh faraj dengan salah (menghalakan air dari rektum ke faraj)

Saya rasa anda kini boleh mengenal pasti sama ada keadaan keputihan yang anda alami adalah normal atau pun tidak. Hanya perlu fahami dan teliti dari segi keadaan dan warna keputihan tersebut, seperti yang saya sudah kongsikan tadi. InsyaAllah Cara-Cara Rawat Keputihan (2) akan menjelaskan objektif post ini, iaitu seperti tajuk; bagaimana cara kita menjaga rahim bagi menghilangkan, menghindari dan merawat keputihan.

Oh ye! Adakah keputihan berlaku pada wanita sahaja? Bagaimana dengan remaja atau kanak-kanak? Jangan terkejut ye, ada juga saya pernah jumpa kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun tapi dah alami keputihan teruk. Umur baru 9 tahun! Nantikan sambungan, semoga perkongsian ini membantu dan bermanfaat :-)

Jika ada apa2 pertanyaan mengenai apa yang saya kongsikan, boleh hubungi saya 0139714599.






2 comments:

Yun Sing said...

Baru tau pasal ni.. nice sharing :)

Nadhirah Ahmad said...

Terima kasih Yun Sing

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...