Tuesday, December 15, 2015

Cara Rawat Keputihan (2)

Alhamdulillah. Banyak feedback-feedback yang diperoleh mengenai post yang lalu. Klik sini. Kan dah cakap, memang ramai yang alami masalah keputihan ni. Memang kita sebagai wanita harus faham bahaya keputihan agar timbul lebih kesedaran untuk menjaga anugerah Allah ini; rahim. InsyaAllah kali ini saya akan berkongsi beberapa cara mengatasi dan menghilangkan keputihan. 

1) Elakkan penggunaan pembersih wanita
Kawasan kemaluan perlu dijaga nilai pH. Sebelum ini, saya berfikiran menggunakan pencuci itu bagus kerana itu menunjukkan kita ambil berat mengenai kesihatan rahim. Namun, atas nasihat doktor pakar sakit puan, beliau mencadangkan lebih baik guna air bersih seperti biasa. Ini kerana kebanyakkan pencuci di pasaran mempunyai nilai pH yang tidak sesuai dan boleh memberi kesan seperti kering dan sebagainya. Berita gembira, jimat duit :-) Dalam industri sekarang, memang banyak bahan kimia. Mandian bayi seperti Johnson&Johnson pun ada Sodium Laureth Sulfate (SLS).

2) Pemilihan & penjagaan pakaian dalam 
Pemilihan material seluar dalam amatlah penting. Dengan cuaca tropika seperti Malaysia, penggunaan kapas amatlah digalakkan. Pastikan anda menukar pakaian dalam setiap hari ye! Lebih-lebih lagi ketika datang bulan.

3) Penggunaan pantiliner

Mungkin ada yang tak tahu apa itu pantiliner. Pantiliner ni macam tuala wanita. Cuma bezanya, ia lebih kecil saiznya, lebih nipis dan biasanya dipakai waktu bukan haid atau di penghujung haid. Dengan keadaan sekarang, persekitaran kurang bersih (jerebu dll) dan cuaca panas lembab, agak sukar untuk kita pastikan pakaian dalam kita bebas bakteria. Maka, penggunaan pantiliner membantu menjaga kebersihan rahim. 

Pemakaian pantiliner juga mesra solat. Bila ke sekolah atau bekerja, pagi pakai pantiliner. Bila zuhur, pergi toilet boleh terus tukar pantiliner. Jadi seluar dalam pun bersih dan suci untuk dibawa solat.

Terdapat banyak pantiliner di pasaran. Namun, saya sarankan anda untuk memilih jenama AVAIL FC (feminine comfort) seperti dalam gambar. Berwarna hijau. Mengapa jenama ini? Ia 100% kapas (seperti yg sy kongsi, bahan terbaik utk melindungi alat sulit wanita ialah kapas), bersifat antiseptik (elak jangkitan kuman/ kulat), dan mempunyai herba bagi merawat masalah wanita seperti keputihan, sengugut, haid tak teratur.

4) Pemilihan tuala wanita
Oleh kerana setiap bulan, wanita akan didatangi haid, maka pemilihan tuala wanita amatlah penting. Ini kerana kebanyakkan tuala wanita di pasaran dibuat dari bahan terbuang. Ya, nampak putih gebu. Tetapi, dari kertas terbuang, ia melalui proses pelunturan (bleaching) dan tidak disteril! Bayangkan, berapa banyak kuman yang boleh hadir. Tahukah anda? Semasa proses pelunturan ini, ada bahan sampaingan yang terhasil iaitu dioksin. Dioksin ini diklasifikasikan sebagai agen penyebab kanser. Menakutkan bukan?

Jadi, apakah alternatifnya? Pasti, tuala wanita yang selamat harus menjadi pilihan! Di sini saya kongsikan tuala wanita jenama AVAIL FC Biosanitary. Warna hijau (seperti di atas) adalah pantiliner. Biru dan pink adalah tuala wanita. Tuala wanita ini sememangnya 100% kapas! Ia juga diuji secara klinikal untuk memastikan ia bebas dari bahan terlarang, berbahaya seperti merkuri, dan tiada bakteria seperti e.coli dll. Ia diuji bukan sahaja di Malaysia, bahkan Indonesia, Singapura, Filipina dan lain-lain. Ia juga disarankan oleh beberapa orang doktor pakar (kerajaan & swasta). Yang penting, doktor pakar sakit puan juga memang sarankan untuk memakai jenama ini kerana kualitinya!


Tuala wanita juga harus ditukar dengan kerap. Sebaiknya setiap 4 jam. Ini bagi mengelakkan pembiakan bakteria.

5) Kuantiti Air
Badan manusia banyak mengandungi air. Oleh itu, kita harus cuba mengekalkan hidrasi badan, lebih-lebih lagi Malaysia merupakan negara yang agak panas. Banyakkan minum air, air suam khususnya! Anda pasti teruja dengan rawatan air. Air bukan sahaja boleh membantu buang segala toksin dalam badan, tetapi turut membantu seseorang untuk tampak lebih muda! Oh yeaahhhh....

Rasanya itu sahaja cara-cara merawat dan menghliangkan keputihan. Moga bermanfaat. Alhamdulillah, saya sudah berada dalam bidang ini hampir 10 tahun. Memang banyak wanita dan juga kanak-kanak yang mengalami masalah keputihan. Ada yang baru berumur 9tahun, tetapi keputihan banyak sehingga berbau dan basah seluar dalam. Masih belum akil baligh. Alhamdulillah bila memakai pantiliner AVAIL FC secara berterusan, keputihannya dapat diatasi.

Bagi kaum ibu, prihatinlah pada anak-anak anda. Jika pakaian dalam anak-anak kerap mempunyai semut, lebih baik periksa apa yang ada pada seluar dalam mereka. Sebab kanak-kanak biasanya kurang prihatin dan tak tahu yang mereka sedang alami masalah. Bila dah teruk, biasanya baru mereka bagitahu.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Boleh terus share je kalau rasa berguna, tak perlu tanya :-).

Jika ada apa2 pertanyaan mengenai apa yang saya kongsikan, boleh hubungi saya 0139714599.




0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...