Saturday, November 28, 2015

Guide/ Tips: Jejak Jepun 2015




Assalamualaikum. Alhamdulillah tahun ni sampai juga di Jepun. I can tick that on my checklist. Kali ni pergi sendiri, jadi agak cuak. Maklumlah, signboard semua tulisan unik sangat. Kalau masih pakai ABC, boleh juga main agak atau teka. Kali ni saya kongsi beberapa tips, moga membantu anda dan insyaAllah boleh saya rujuk balik pada masa akan datang sebab jatuh hati kat Jepun. Hopefully this wont be my last visit. amien..

Okey. We went by Air Nippon Airways (ANA). Saya search by skyscanner.com untuk dapat airline mana paling murah. Bila dia bagi suggestion, kita pergi lah website airline tu untuk booking sebab tak berani nak book via skyscanner sebab third party kan. Apa2 susah nk claim. Bagi yang nak jimat, boleh pilih airline yang transit contoh Vietnam Airlines dsbg. But I chose direct flight ANA, two-way rm1500/head. 

KLIA to Japan is 6-7 hours. Ok la tak lama sangat. Ala-ala Terengganu ke KL naik kereta masa belum ada LPT2. Memang best naik ANA ni sebab paramugara/i dia sopan dan layanan pun bagus. And dont forget to request for Muslim food. On your flight from KLIA, everthing is halal. Masa nak balik tu la makanan yg berbeza akan dihidangkan. Sedap lak tu makanan. Yummm Yummmm...

Jika ke Tokyo, ada 2 airport yang biasa orang pergi. Narita atau Haneda. Narita ni pinggir Tokyo dan Haneda dalam bandar. Ala-ala KLIA vs Subang Airport lah. Cuma dari Malaysia ni, tak silap saya Air Asia sahaja yang landing di Haneda. Kami naik ANA dan landing di Narita. Kelengkapan Narita amat tip top. Ruang surau yang dah siap ada tempat wudhu dalam tu, dan ada restoran makanan halal. Memang muslim-friendly. Kansai Airport di Osaka pun sama.

Memandangkan kami nak kurang pening, jadi kami ambil tour guide untuk tiga hari. Rm2000/seorang termasuk kos pengangkutan dan tiket ke tempat2 yang nak pergi. Dalam kepala, tiga hari tu boleh la berjinak2 dengan sistem pengangkutan awam di Jepun. Jadi nak redah untuk beberapa hari lagi tu, ada la keyakinan sikit. Untuk makluman, di Jepun memang banyak guna pengankutan awam seperti keretapi dan bas. Teksi mahal. Barangkali nak galakkan orang guna train. Tapi train diaorang dan bas sangat efficient dan ikut masa. 

Tips untuk naik train, korang kat sana kalau travel sendiri, memang penting untuk dapat internet. Kat sana diaorang guna google maps. Contoh korang di Hotel Takaracho nak pergi Disneyland. Korang taip je, dan klik kat gambar train. Google akan bagitahu stesen mana korang nak kena pergi dan kat mana kena tukar stesen. 

Saya juga cadangkan anda beli kad train. Ala2 touch and go. Namanya, Suica Card. Sebab korang boleh je tag kat stesen tanpa kena pening fikir kos destinasi setiap stesen tu berapa. Sebab ada hari kami tak pakai Suica, jadi kami kena betul2 rancang perjalanan. Berhenti stesen je, kena beli tiket baru. Nak beli tiket mudah je. Pakai mesin kat situ dan orang lalu lalang kat situ juga sangat membantu. Buat je muka blurr, diaorang pasti tanya nak bantu apa. Tak tunggu kitaorang tanya dia pun. Baik dan prihatin mereka ni. I love that! Kat Jepun tak ada one day pass macam London tube. 

Antara tempat yang saya pergi ialah Disney Resort. Ada Disneyland dan Disney Sea. Sempat pergi Disneyland sahaja. Sebenarnya, tak tahu ada beza Disneyland dan Disney Sea. Bila balik Malaysia, baru tahu dua tempat tu tiket berbeza. Sobsss... Jadi korang yang nak pergi tu, baik masuk dua2 sebab alang2 dah pergi. I would suggest you to spend a day in Disneyland and another day in Disneysea. And avoid going on weekends...


Mount Fuji is the highest peak in Japan. So, we also went there. Mount Fuji is about 2 hours from Tokyo. We supposed to go there via bus. But we missed it, thus we took Narita Express there. And went back to the hotel by bus. Train is double fair compared to bus. If you want to reduce your budget to Fuji, choose BUS. Oh ye, nak ke Mount Fuji pakai lengan panjang ye. Sejuk juga di sini. Kami naik cable car dan cruise di sini. Cuma Mount Fuji agak malu dan mendung. Nampak sekejap je puncak. Kalau nak nampak snow kt puncak tu, pergi dalam Dec atau Feb iaitu waktu nak masuk/selepas musim sejuk atau masa musim sejuk itu sendiri. Cuma keluarga saya memang tak suka jalan2 musim sejuk sebab siang lambat dan malam cepat. Jadi waktu jejalan tu singkat. 


We stayed in hotel in Ginza. Ginza is the heart of Tokyo. It is like Oxford street in London or KLCC in Malaysia. Kat sini ada butik Chanel, LV, Furla, menara UniQLO terbesar di dunia, dan macam2 lagi. Di sini juga ada restoran Halal berdekatan menara UniQLO. Nama restoran tu Rasa Malaysia. Memang hotel kami agak mahal, tapi kami jimat masa dan duit untuk ke mana-mana sebab stesen train dekat. Ada yang mencadangkan Guest House. Mungkin yang datang ramai2 tu boleh sewa Guest House. Guest House ni ala2 homestay. Luas dan lebih murah. Cuma terletak jauh sedikit dari bandar Tokyo. Hotel di Jepun bukan macam Malaysia ye. Sempit. 3 orang sebilik pun dah macam sardin. Ruang yang ada muat2 je untuk solat. Tu pun kena ambil giliran untuk solat. Tak muat nak jemaah. 


My Dad actually has a few meetings there. Ada hari saya ikut dia, Sementara dia jumpa orang, boleh ambil gambar di sekitar universiti. Sejuk pemandangan. Kami jumoa buah pisang kaki (pessimon). Pelik buah ranum dan masak tak ada orang petik. Sampai ada beberapa biji gugur macam tu je. Membazir. Oh ye! Di sini seni pembinaan dia menarik. Bangunan ikut alam. Bukan macam Malaysia. Maknanya, kalau ada bukit tu, bangunan tu akan ikut bentuk bukit. Ada bangunan yang dia bukan ke atas, tapi ke bawah sebab bangunan tu di kaki bukit. Mesra alam, kan?

Gundam terbesar di Odaiba. Bila malam, Gundam ni bergerak tangan dia dan ada lampu.

Dari segi keselamatan, cuma bimbang bencana alam je lah di Jepun ni. Gempa bumi, tsunami. Dari segi kecurian, pick pocket ke insyaAllah tak ada. Jadi bagpack tu kalau galas tak perlu risau. Siap kalau tertinggal handphone dalam toilet, ada orang akan buat memo siapa hilang telefon lagi. Tak tahulah kenapa. Kos sara hidup Jepun tinggi,tapi mungkin mereka gembira dan kesedaran sivik tinggi.

Ha, bagi yang rasa nak usha lelaki Jepun, baik korang lupakan jelah. Japanese men mostly are not gentleman. Masa dalam bas, ada laki tua ni boleh je dia duduk. Padahal perempuan tua ada yang kena berdiri. Bila tanya tour guide yang dah beberapa tahun tinggal di situ, memang dia cakap lelaki di Malaysia jauh lebih gentleman. Heeee...

Untuk barang branded, di Jepun lebih murah. Cuma masa kami pergi tu, ringgit Malaysia jatuh teruk. Jadi tengok je lah. Beli apa yang perlu je.

Kami bawa rice cooker. Memang setiap kali pergi oversea biasanya memang bawa. Cuma voltan di Jepun rendah Tak macam Malaysia. Nak masak nasi secawan, tunggu 2 jam *nangis*. Makanan tu boleh la bawa sambal. Kat kedai macam 7E ada kerepek atau jajan yg halal. Cuma ingredient dia tulisan jepun. Mana la nak faham. Sebab tu kami bawa satu kotak makanan seperti biskut, mi segera, coklat, kerepek dll. Alhamdulillah jejalan tak lapar. Bawa cukup2 untuk hari di sana.

Bagi perempuan, jangan lupa ke Nippori. Nippori ni tempat tekstil. Tapi antara kedai yang popular ialah kedai Tomato. Kedai kain nama Tomato dalam 4 tingkat. Sini kain cotton Jepun murah berbanding Malaysia. Boleh la shopping sikit untuk buat baju kurung. Yang laki tolong angkut je lah sebab kain berat. Saya redah sendiri ke sini guna Google Maps. Nippori Station ye. Bila sampai Nippori Station, google kedai Tomato pula :-)

Bullet train! Shinkansen. Kami tak sempat pun naik. Sebab kami di Tokyo sahaja. Kalau nak naik shinkansen, mungkin anda nak pergi 2 tempat di Jepun. Contohnya, dari KLIA ke Osaka. Osaka naik bullet train ke Tokyo. Dari Tokyo baru balik Malaysia. Perjalanan Osaka ke Tokyo dalam 6 jam. Kalau naik bullet train, makan masa 2 jam je. Di Osaka memang banyak tempat menarik. Tu yang nak pi lagi ni ha. Heee.... 

Sekian saja guide saya. Moga berguna. Soalan selanjutnya mungkin boleh tanya personal. Nak balik dah.. Ni gambar last di observation deck di Narita Airport. Airport yang sangat busy. Lebih kurang setiap 40 saat, akan ada kapal terbang landing atau take off. Oh ye! Jangan lupa bawa kompas. Senang nak tahu kiblat.









0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...