Monday, July 27, 2015

Syawal 1436h

Selamat hari raya semua. Alhamdulillah berkesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini. Perasan tak memang nak dekat puasa dan nak dekat raya banyak berita kematian kita dengar. Kita ni pun tak tahu lagi jumpa ke tak Ramadhan akan datang. Moga ketekunan lagi, amin...

Raya kalini berbeza skit. Kami beraya di Shah Alam sebab Toky dah uzur. Dah tak boleh ke hulur hilir seperti dulu. Puasa pun dia tak dapat tahun ini. Jadi memandangkan dia tak ada nak ganti macam kita sebab kesihatan orang tua tak tentu, dia kena bayar pidyah. 

Malam raya kita orang memang main mercun sampai pukul 12 malam. Nasib lah jiran tak mengamuk sebab alam dia orang berbunyi, dan ada juga yg selak langsir intai kita orang. Pastu pandai2 la kita orang main jauh2 sikit. Nasib baik rumah sebelah padang sekolah. Jadi mercun menghala ke sana. Kalau buka sekolah, pekebun jumpa kayu2 kat padang tu, mercun kami ler tu *facepalm*

Sabtu baru ni, tetamu dah start datang rumah kami di Terengganu. Bagi yg nk datang tu, jomlah. Datang untuk bagi rahmat pada tuang rumah. Habiskan kuih raya yg ada ni. Kalah kurang tak habiskan, alamatnya sampai tahun depan lah ada lagi baki. Yang best, ayam2 atok la akan syok menjamu selera kuih2 tu. 

Di kesempatan ini, yang update blog setahun 2-3kali ni, nak ucap selamat hari raya. Maaf zahir batin. Maaf boleh diberi, tapi hutang duit jangan lari. Heee.. 

Beberapa gambar kenangan masa tetamu datang rumah, dan masa raya pertama; bertema biru.....




Kat bawah ni awkward gile. Handphone belum di lambung lagi, masih di tangan, tapi ekspresi nak sambut handphone dah pose siap2. Fail la berlakon...




0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...