Saturday, February 14, 2015

Menara Berkembar Petronas: Jom!

Hello... Kali ini saya ingin berkongsi tentang Menara Berkembar Petronas. Umur 25 tahun, tapi ni kali pertama untuk naik Menara Petronas ni. Rasa macam malu la kan. Menara di negara orang, kita sanggup naik dan ambil gambar situ sini, tapi bangunan kat Malaysia, kita tak pandang. Memang tekad nak pergi ke sini.

Disebabkan parking di KLCC mahal, RM 4/jam. Maka kami pilih untuk guna pengangkutan awam. Naik LRT sampai ke stesen KLCC. Kami pergi bertiga, Kak Nis, Azareil dan saya. Walaupun jarang naik LRT, tapi LRT ni mudah untuk difahami. Sistem dia lebih kurang underground tube di London. Kami juga meraikan, si berbaju hijau yang 'jakun', jarang naik LRT iaitu Azareil yang sangatlah excited...

Kami masuk ke Suria KLCC, dan dalam tu ada arah untuk ke Petronas Skybridge. Ka main kami datang awal, pukul 9 pagi sebab tak nak rimas dengan orang ramai. Ada banyak trip untuk naik atas. Kami ambil trip pukul 9.15 pagi. 

Ada kaunter tiket. Untuk dewasa RM 80, kanak-kanak RM 30. Tapi, untuk warganegara Malaysia, dewasa RM25 dan kanak-kanak RM12. Perlulah tunjuk Mykad sepeti di Sunway Lagoon dan beberapa tempat lain. Istimewa juga untuk student, dapat RM20. Jimat duit :-) Jadi, kepada pelajar, tolong bawa kad matrik atau kad siswa ye...


Sebelum masuk ke lif, ada tempat scan ala2 kastam. Ka main kami imagine nak bergambar kat jambatan bagai. Gigih bawa monopod naik LRT bagai. Tapi kena simpan di locker (percuma) sebab pekerja dia takut benda tu boleh cederakan orang dsb. Pasrah je la kan,. 

Kami di skybridge. Cerah je. Jambatan ni sebenarnya tak bersambung dengan dua menara tu. Ala-ala sangkut je. Tapi, selamat. Dia dah bagi tahu awal2 sebab ada orang yang cuak bila dengar pekerja dia bagitahu macam tu. 

Gambar yang di ambil depan Green Screen. Bila turun menara, boleh beli gambar ni dalam bentuk frame atau magnet.  I bought magnet, because pictures in frame are too mainstream.

Dalam lift. Awan kat belakang tu acah2 je. Fefeeling nak ke langit gitew. Maaf, gambar pakcik berambut uban tak dapat dielakkan. Aiya.


Kami berhenti di tingkat yang ada jambatan. Rupanya, jambatan tu merangkumi 2 tingat. Tingkat 41 untuk orang ramai, tingkat 42 untuk pekerja di menara itu sahaja. Lepas kami kat situ, kami naik ke tingkat 86. Menara ini sebenarnya ada 88 tingkat. Tapi hanya dapat diakses sampai tingkat 86 sahaja sebab 2 tingkat di atas adalah maintainance dsb. Terfikir jugak, entah2 tingkat atas tu untuk didiami jin. Erk....

Menara ni macam menara2 yang lain. Ada pameran sikit2 tentang menara ni, dan juga menara2 di negara lain. Teleskop yang boleh buat aku pening bila guna sebab tak faham dia tuju arah mana, juga disediakan. Cuma, pemandangan cantik, dan boleh la kagum dan bangga puas2 jadi rakyat Malaysia sebab rekabentuk menara ni unik. Disebabkan menara berkembar sangat rare, maka menara ini adalah menara berkembar tertinggi di dunia. 

Keseluruhannya, boleh la nak ajak orang datang sini. Cuma, pesan awal2, tak payah bawa monopod. Untuk rm20, berbaloi. Next trip, KL Tower. Okey, bila nak pergi tu, entahlah....




2 comments:

Akmall Razlan said...

Gurll.. Azareil is a big boy now... cuteness.. hahaha.. sama tinggi ngn u okay...

Nadhirah Ahmad said...

Dia bru kT tlinga ak la... Heeee

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...