Saturday, May 10, 2014

Prosedur Pemohonan MARA (Pascasiswazah)

Ada beberapa orang bertanya pada saya mengenai permohonan MARA. Untuk memudahkan kerja, saya tulis di sini, maka anda boleh rujuk. Sekadar berkongsi pengalaman.

Mengapa saya apply MARA? Sebelum ini saya berminat Mybrain tapi bagi saya prosedurnya kurang mesra pemohon. Ada beberapa bahagian borang saya tak faham. Hubungi pihak Mybrain pun sukar. Maka, saya pilih memohon MARA. Walaupun ketika itu saya hampir untuk mulakan semester DUA. Ini adalah PINJAMAN, dan nanti kena bayar hanya beberapa peratus sahaja yang perlu dibayar. Bagi saya, ia berbaloi. Kalau bekerja dengan MARA atau anak syarikat MARA, dapat pemansuhan bayaran.

1) Mula-mula kita akses website EduLoan MARA.
2) Kemudian klik Permohonan Pasca Ijazah.
3) Isi maklumat untuk mendaftar.
4) Teruskan mengisi borang-borang yang diberi secara online.
5) Bila siap SUBMIT, anda perlu menunggu 2-3 hari untuk approval dari pihak MARA secara online.
6) Anda boleh semak STATUS melalui website EduLoan MARA. Hanya perlu LOG IN. Tak perlu lagi daftar.
7) Bila sudah lulus, print borang yang anda telah isi sebelum ini. Borang ini perlu dihantar bersama lampiran-lampiran. Dalam web tersebut, telah dinyatakan beberapa lampiran yang anda perlu kepilkan ketika menghantar salinan surat beranak, SPM, muka depan buku akaun bank, ic ibu bapa dll.
8) Dokumen2 tersebut perlu dihantar BY HAND di pejabat MARA di Jalan Raja Laut. Tarikh hantar dokumen adalah dlm masa 14 hari dari tarikh anda isi borang secara online.
9) Lokasi kaunter MARA tersebut adalah tingkat SATU. Masuk pintu utama, guna eskalator.
10) Permohonan mengambil masa lebih kurang sebulan.



*Buat fotokopi 2-3 keping untuk setiap salinan lampiran dan borang. Ini mencepatkan proses permohonan anda. Contoh kawan saya, MARA hubungi dia kerana ada beberapa lampiran dia tak cukup bilangan yang fotostat. Masa pegawai MARA semak borang saya, ada lampiran yang dia minta extra copy, saya boleh terus bagi sebab dah fotostat siap2.
*Lepas sebulan, pelik juga tak ada MARA call atau apa2 kan. Tengok dalam akaun, dah masuk rupanya.
*Andai ada beberapa persoalan yang tak jelas, boleh bertanya pada saya. Saya tak tahu semua, tapi saya dan 2 orang lagi rakan turut memohon MARA. Jadi mungkin sedikit pengalaman kami boleh membantu anda. Lebih mudah, boleh juga hubungi pihak MARA. Telefon biasanya mudah dijawab mereka. Semasa saya memohon, saya juga banyak merujuk kepada kawan2 yg dah berpengalaman.
*Amaun saya dapat tak sama. Mungkin bergantung pada pendapatan ibu bapa, isi rumah, dan yuran pengajian.
*Saya hantar dokumen lambat 2hari. Alhamdulillah lepas.
*Mybrain atau MARA. Boleh apply dua2 sebab ada kawan saya dapat kedua2nya.



12 comments:

byeayies ateh said...

yang ni biasiswa atau pinjaman??

Noor Mu'izzah said...

salam.. sy nak tanye mengenai, kalau dah approve kene anta sume borangborang kan.. mesti by hand ke?? tak boleh pos ke?

Nadhirah Ahmad said...

byeayies:spti dnytakan, pinjaman. tp jd biasiswa bila rsult ok. tak silap 3.5 ke atas (perlu semak balik). andai kurang baik, kena byr, tapi dapat potongan yg agak banyak.

Noor muizzah: setakat ni yg saya tahu semua kena hantar by hand. Sebab dia akan semak. Tapi kalau jauh, mungkin kena tanya MARA. Kwn sy yg apply untuk study oversea hntr by hand juga.

norazira abdurahman said...

salam.. saya hantar by hand ke mara 1 oktober hari tu.. dia cop 'diterima'...

tp smpi sekrg mara senyap je.. yg htr skali ngan saya mara tefon minggu lepas sbb x cukup doc..
n kawan saya yg htar 28 sept da masuk da pun duit mara dia... n dia htar by pos...
risau sesangat saya skrg nih..
yg awak hri tu dicop begitu juga ke?atau 'disemak?'

Nadhirah Ahmad said...

Salam. norazira.

sy hari tu dia xcop pape. just dia amik then dia ckp dia ak contact. dia xcontact pape jgak. tau2 masuk duit dlm akaun.

kes sy, kwn sy hntr sblm sy jgk. dan dia dpt duit sebelum sy. tggu la dlm 2-3 minggu. kalau xde, call mara.

Anonymous said...

hi sis ,
nak tanya ,kan patut nya hantar 2 weeks after tarikh kan .tapi saya baru nak hantar this week means dh 2 bulan lewat .boleh hantar lg or tak ye ? hope dpt tolong .tq

Anonymous said...

Salam. Nak tanya. Kalau apply mara utk master part time, dia bayar full tuisyen fee ke? Expenses die cover ape je?

Nadhirah Ahmad said...

Anonymous: tntg boleh ke x tu, kna tny pihak mara lah. Mungkin dieorg boleh runding sbb sesetengah mungkin tinggal jauh dari pjbt MARA.

anonymous: Tntg part time sy xpasti. Tapi sy punya pinjaman walaupun full time. Tapi kalau result ok, insyaAllah boleh jadi biasiswa.

zulkifli abdul halim said...

salam sis..
nak tnye..pinjaman mara by research same ke dgn coursework?
n klu coursework pointer tggi akan convert ke biasiswa..klu research req die apa ye utk covert ke biasiswa?

Nadhirah Ahmad said...

@zulkifli : ada yang apply mara utk research. Tentang biasiswa tu, master utk MARA tak ada ditukarkan jadi biasiswa. Cuma kurangkan bayar je boleh. Ada yang cakap 25%, tapi saya tak pasti kesahihannya. InsyaAllah saya akan update di blog tentang tu bila saya dah confirm sebab sekarang tgh tunggu result final sem.

Kalau kerja dgn MARA, atau anak syrikat MARA, baru dapat pemansuhan bayaran..

Anonymous said...

Salam..betul ke slalunya ntuk master prmohonan mara pda bln november?sebab sy hubungi pihak mara,dorg xdpt bg tarikh exactly eduloan akan dibuka.Sem akan dibuka April ini.if sy apply september yuran dr sem april akn dcover oleh pihak mara atau sebaliknya..

Nadhirah Ahmad said...

Wassalam, maaf lambat reply. Sy Hristu lmbt Jgk buka, jadi dapat untuk dua sem shja

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...