Wednesday, January 22, 2014

The Miracle behind Istikharah


Assalamualaikum. Sekarang sedang 'berehat' di kampung halaman untuk menghabiskan cuti semester. Rehat dari buku akademik, fokuskan pada rohani dan bisnes. Btw, kita cakap campur2 ye sebab bosan asyik taip benda skima untuk assignment.

2012 has been a great year. On top of the world. Aku ingat kata-kata seseorang ni yang cakap pada aku, "2012 tahun kejayaan awak, 2013 mungkin tahun kau jatuh". Aku pohon ia bukan suatu doa, namun realitinya aku tempuhi beberapa cabaran yang menguji mental dan rohani. Namun setiap sesuatu aku tengok balik satu persatu semua tu, alhamdulillah Allah campakkan rasa syukur pada aku kerana aku mengerti setiap yang diatur tu ada hikmahnya.

Namun, kat sini aku nak tegaskan satu je; ISTIKHARAH. Sebelum ni aku pernah highlight pasal istikharah dan beberapa miracle yang aku lalui seusai istikharah. Dan ini sedikit sebanyak membuatkan aku percaya dan meyakini kekuatan istikharah itu sendiri. Buat aku lebih bergantung padaNya dalam membuat sesuatu keputusan.

Dalam hidup ni, memang sangat banyak keputusan yang kita buat. Bermula dari benda yg simple yg berlaku awal pagi, iaitu bila tersedar dari tidur, kita nak bangun untuk solat subuh atau terus lelap sampai matahari dah naik.

Aku pernah buat sesuatu keputusan yang aku buat selepas istikharah. Ya, walau dugaan hebat sekali pun, kita akan mampu bertahan. Yang rapat dengan aku pun cakap kat aku, aish camne kau boleh sabar ek. Aku pun tak tahu. Kekuatan dan kesabaran tu semua dari Allah. Dan aku dulu memang bukan penyabar mana pun. Tapi tula. Benda yang aku perhati dri istikharah, kita punya yakin pada decision yg kita pilih tu macam high level, dan sebab kita istikharah kita rasa Allah bersama kita dalam apa yang kita pilih tu. Ni macam benda batil yang susah nak describe. Umpama orang bukan Islam, first time lafaz syahadah, dia akan rasa this aura of kesucian dan reborn. Nikmat untuk mereka yang revert :-)

Dan kadang kala keputusan kita istikharah tu mungkin terbaik untuk seketika waktu sahaja. That is why it is important to istikharah and doa always. Selalu minta dan pohon yang terbaik dr Allah sentiasa. Ni juga nasihat untuk diri sendiri since aku pun memang tak istikharah selalu. But once buat, masyaAllah kesannya! Buat aku rasa cam, oh my. Sekali je kita cuba dekat dengan Allah, Allah terus alu-alukan kita. Walaupun aku ni ada je buat dosa setiap hari. See, nampak tak cam Allah baik giler dan sentiasa welcome hamba dia. Cuma kita je manusia yg suka lari dari dia, tapi at certain point memang naluri dan fitrah kita akan cari juga Allah. Oh ye, jangan sesali walau keputusan yang diambil itu mungkin hebat ujiannya. Yakinilah Allah bersama anda, dan sedang mentarbiyah anda. Be thankful!

So, alhamdulillah. Ketenangan yang luar biasa bila kita buat istikharah. Kalau kita rasa kita dalam kategori yang macam mudah berubah arah atau was2 bila decide sesuatu, try istikharah. You will see and amazed with yourself on how much courage, desire and commitment you put yourself when taking the decision and act upon the decision. Dan kena ingat, jawapan istikharah tu tak semesti mimpi pun, tapi boleh juga dengan bentuk apa yang Allah mudahkan selepas istikharah itu.



Apa-apa pun kita manusia cuba yang terbaik. Bila kita dah try all out, then we can rely on Allah peacefully with full trust and believe on him to decide and shape our life. Contoh kita study cikai2 tapi doa dan solat hajat giler2 untuk dapat result gempak. Serius macam malu dan segan kot sebab usaha kita tu tak sepadan pun. Memang boleh berlaku dengan kuasa Allah, tapi kita akan rasa beza bila kita try all out then doa and tawakal compared to usaha biasa, then doa with tawakal.

Happy istikharah everyone! :-)

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...