Friday, January 24, 2014

Resepi Mi Goreng

Sejak dua-menjak tinggal sendiri ni maka rajinlah bersenam di dapur. Kadang2 tanya mak, kadang2 google. Since aku nak balik baru ni, seminggu aku marathon kat dapur. Sampai lepas Subuh pun terus gigih memasak. Maklumlah, nak habiskan bahan sebab takut rosak.

Resepi mi goreng. 
(Hidangan utk separuh paket mi kuning) (2-3 orang makan)

Bawang merah 2 biji/ bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili boh
Sos cili, sos tomato, kicap
Ayam/ sotong
Sayur (kubis, bunga kubis, tomato)
Telur

Optional: daun sup, limau nipis

1) Panaskan minyak
2) Masukkan bawang merah yg dihiris nipis dan bawang putih. Goreng hingga kekuningan dan naik bau.
3) Masukkan ayam/ sotong. Kacau.
4) Masukkan 1 sudu besar cili boh (lada kisar), 1 sudu sos cili dan tomato. 
5) Biarkan sehingga mendidih. Kacau kadang- kadang untuk elak hangus dan api mesti kecil. 
6) Masukkan sayur. Api sederhana.
7) Masukkan mi kuning ( yg telah dibasuh dan dibilas air panas). 
8) Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit kicap.
9) Masukkan gula, garam jika perlu (sesetengah mi kuning dah masin).
10) Pecahkan telur. Kacau sehingga telur masak dan sebati dengan mi.
11) Hidangkan. Boleh hias dengan daun sup, hirisan lada, dan limau nipis.



*aku guna mi sihat. warna krg menarik tp xda asid borik :-)
*org bujang makan dalam tupperware sebab tak ada tudung saji.
*tak tahu la sedap atau sedap gile. Tapi aku tengok, housemate aku makan mi ni sampai licin.







0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...