Friday, January 3, 2014

End of 2013, Begin 2014


Assalamualaikum semua. Ye, saya tahu. Dah lama menghilang kan? Kali ni ada modal nak update, sebab nak ucap selamat tahun baru 2014. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu.

I really put high hopes in 2014. Di mana aku sekarang sedang musim final exam. Tapi, tetap luang masa keluarga sempena tahun baru. Actually ni tak ada la plan tahun baru. Tapi kebetulan free masa ni, exam pun gap sekejap. 

So, we went to Morib Gold Coast on 31st. Sini ada water theme park. Okey la Morib ni. Cuma hotel dia agak kurang memuaskan sebab jakuzzi bilik aku rosak. Park dia lebih mesra kanak-kanak berbanding water park di tempat lain. Kat sini dapat la tengok bunga api sempena New Year. Excited sangat nak buka sliding balkoni, sampai jari tersepit pintu. Tragedi pertama 2014 la.

Di Morib, sempat main air, naik slides, tangkap ketam dan umang, naik ATV. ATV tu motor kecik yang ada 4 tayar tu. Round satu pantai. Harga ATV RM50 untuk 20 minit. 20 min tu dah cukup lama sebenarnya. Merah tangan aku duk pulas minyak.

Kami balik 1 Jan 2014. Amboi, bercuti 2 tahun :-) Hari Khamis pergi Sunway pula. Masuk semua park di Sunway. Kami ke Sunway sebab nak try ride baru; Vevezuela (sblum ni aku silap sebut Venezuela yg nama negara. haha). The largest water ride in the world. Memang best! Naik 4-5 kali. Tapi ada ride yang dulu ada, sekarang tak ada. Rupanya, yg tutup tu, mesti ada kes biasanya. Rupanya banyak kes orang meninggal di Sunway. Scary kan. Jadi ikutlah cakap lifeguard yg bertugas. It's for our own safety.


Apa-apa pun, alhamdulillah. Walaupun ada je benda tak best seperti aku jatuh tangga terseliuh kaki sebab takut sangat masa masuk rumah hantu, luka tangan lah apa lah kan. Aku cuba fahami yang Allah nak ajar aku lihat benda positif dan nikmat2 yang dia beri. Tak semua orang dapat bercuti seperti aku tanpa nak fikir bajet. Bila dikira balik, dua hari, lebih seribu kos semuanya. Maka, seharusnya aku memang kena bersyukur sangat. And of course thank you to my family (uncle and aunty).

Dalam hidup ni memang ada benda best and tak best. Hidup orang yg kita rasa cm complete tu pun, mesti ada part tak best diaorang. Rezeki masing2. Jalan masing2. Alhamdulillah atas segala nikmat. 

Actually aku banyak ingat benda tak best untuk 2013. Sedangkan ada je yang best seperti bercuti Bangkok-Pattay, parasailing, dapat sambung belajar dll. Tapi aku yg pinggirkan benda tu. So, aku nak cuba untuk pejam mata pada hujan, dan pandang pelangi banyak2. May 2014 will be a blessed year. Happy tu tak penting. BERKAT tu yang penting!







1 comments:

Akmall Razlan said...

Welcome back.. know you are busy.. good luck for 2014...

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...