Friday, January 31, 2014

Book Review: Buku Seerah Terbaik


Assalamualaikum. Seperti dijanjikan, aku akan review tentang sebuah buku. Btw, I'm a quarter way to finish it. Buku ni tentang sirah rasulullah. Ni rupanya. *Design kulit buku bergantung pada publisher.


Kitab Ar-Rahiq Al Maktum. Actually, i knew bout this book when I attended a session in Masjid Bukit Jelutong. Masa tu ada dia mention tentang buku ni sebab ada panel sentuh sedikit mengenai peribadi rasulullah. 

Sejarahnya, masa tahun 1979, Muslim World League buat suatu pertandingan penulisan biografi rasulullah. Macam ramai la penyertaannya sebab semua kat dunia ni boleh sertai. And of course peserta2nya bukan orang macam aku ni, tapi pesertanya dari kalangan ulama' dan ahli2 agama dan sejarah yang mantap ilmunya. Yela kan, nama pun pertandingan taraf dunia!

Pemenangnya adalah karya oleh Syeikh Sofiyurahman. Syeikh ni orang India. So, kitab ni asalnya dalam bahasa Arab dan Urdu. Since buku ni cam hebat isinya, ramai la orang translate. English verson is entitled The Sealed Nectar. Dan Alhamdulillah ada pihak yang sudi translate karya ni ke dalam Bahasa Melayu :-)

Apa yang bestnya buku ni ialah, penceritaan mengikut kronologi. So macam feel sesangat bila baca. Dari sebelum baginda lahir, sampailah baginda wafat. Macam kita kenal orang la. Step by step.

Setiap fakta yang ditulis dalam tu disertakan reference dengan baik. Jadi kita boleh terus tahu sumber sesuatu statement tu. Contoh, dari hadith atau surah atau kitab apa. Jadi bertambah yakin dengan apa yang disampaikan dalam buku tu. Since aku dah jadi orang akademik, bab reference ni memang penting untuk menentukan validity sesuatu kerja. Cehwah... Akedemik la sangat, kan. Haha

Satu lagi, buku ni dijadikan salah satu silibus di beberapa universiti. Contoh, Yemen Univ of Science and Technology pun guna buku ni sebagai satu rujukan. So, do you see the validity of the information in this book?

Setakat pembacaan ni, memang mudah difahami. Dari bebanyak buku kisah nabi, yang nilah paling baik setakat ni. RM 65 sahaja. Apelah sangat untuk kita kenal baginda dengan lebih lanjut. Sebab banyak juga cerita yang kita dengar dan baca kat internet yang ada tempias dari Syiah. Jadi kena nilai baik2 dari mana ilmu yang kita dapat tu. So, buku ni macam penyelesaian serba sedikit supaya kita tahu apa mana cerita valid, mana cerita tak valid.

Btw, aku bukan dibayar untuk marketing buku ni. Just berkongsi untuk manfaat bersama. Marketing ini insyaAllah dibayar di akhirat. Amien... Happy reading everyone!


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...