Friday, July 26, 2013

Resepi Biskut Sarang Semut Rangup


Assalamualaikum. Salam ramdhan. Begitu lama menyepi. Juga ingin mengucapkan salam nuzul quran. Ya, hari ini adalah 17 ramdhan di mana rasulullah dikunjungi malaikat Jibril dengan seruan surah al-alaq di gua Hira'. Ini merupakan wahyu pertama baginda.

Ya. Kali ini adalah ramadhan yg luar biasa. Kerna buat pertama kali aku buat biskut raya. Heee. Ka main rajin buat seorang diri. Yela kan. Kot2 tahun depan buat biskut berteman plak. Rezeki tak siapa tahu. Lol!

Maka aku memilih untuk buat biskut sarang semut. Biskut ni bukan fave aku tp kalau beli, biasanya tak rapuh adunannya. So, resepi aku guna ni insyaAllah special skit sebab ad tepung kastad. Aku sbnrnya rs biskut ni tipikal je. Tapi ada orang minta resepi. Jadi semangat la skit nk berblog.

Bahan-bahan:

6 oz (170.10g) mentega
4 oz (113.40g) gula kastor
6 oz tepung gandum
4 oz tepung kastad
Setengah sudu teh baking powder
Setengah sudu teh esen vanilla
Choc rice

1) Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2) Ayak tepung gandum, tepung kastad dan baking powder sekaligus dan masukkan ke dalam adunan.
3) Masukkan esen vanilla
4) Uli hingga sebati
5) Parut
6) Letak dlm cupcake
7) Letak choc rice sbg hiasan
8) Bakar suhu 180ºC dlm 15-20 minit

*bila dh siap uli, boleh simpan dlm peti skjp adunan tu dlm bekas tertutup. Bila adunan tu sejuk, senang skit nak parut. (tips optional)


Senang je resepinya. Aku buat sorang dlm 3 jam. Sebab nak tunggu bakar tu lama skit. Sambil tunggu sambil mkn biskut yg dh siap. So kpd siapa yg ada anak rmai tu, buat masa siang. Jadi semua puasa. Tak boleh nk cilok2 masa membakar.

Selamat mencuba :-)




2 comments:

Jαnnαhツ said...

wow i love biskut sarang semut tapi x pernah nak buat. hahahaha

Nadhirah Ahmad said...

Jannah: buat lah. sekejap je. cuma boring tunggu masa bkar je.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...