Sunday, February 17, 2013

Ujian itu Hikmah


Bismillah. Hidup ini tak ada yang lancar. Even the richest man in the world has his own problem. Ada kalaa bila ujian tu datang, kita kena muhasabah balik. Kenapa Allah bagi ujian tersebut dan mengapa. Pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat itu.


Peratus bunuh diri di negara luar memang sangat tinggi. Faktor utama, tekanan. Alhamdulillah beruntung bagi umat Islam, punyai akidah yang cukup untuk membantu kita teruskan hidup walau apa jua keadaan. Bila akidah tak kukuh, memang mudah mengalah. Umpama rumah yang batu-batu tak disimen dengan teguh. Angin sepoi-sepoi bahasa, dinding masih boleh bertahan. Tapi jika angin kencang, roboh semuanya!

Hati dan rohani kuat tak semestinya kita tak menangis. Even our beloved prophet cried when his wife and uncle passed away. It is about how strong you can be. Bila kita percaya pada Allah. Yakin Allah tak zalim. InsyaAllah kita lebih terbuka menerima ujian yang datang. Berdoalah agar ujian yang datang sesuai dengan kemampuan kita. Berdoalah agar Allah membantu kita.

Ada ujian tak bermakna Allah tak sayang. Tapi mungkin kita terleka. Allah ingin kita rapat dengannya semula. Kerana fitrah manusia, tatkala tiada apa-apa, tuhanlah yang akan dicarinya. 

                        

2 comments:

Sha-na.Szied said...

salam pekenalan, kak nadhirah..
saya tertarik dengan header akak.. boleh saya tahu, akak ubat sendiri atau tempah? kalau boleh saya nak jugak macam tu.. terima kasih..
saya suka tulisan blog akk.. menyentuh hati. keep it up. :)

Nadhirah Ahmad said...

Sha na szied:

wassalam. ad kawan tolong buatkan. die guna photoshop. terima kasih krn sudi lawat blog akak.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...