Friday, February 8, 2013

Hikmat disebalik Sesuatu


Assalamualaikum. Sekarang ada beberapa orang share video seorang artis ni nyanyi sambil nangis sebab ada masalah peribadi. Then something hit me.

Masa kecil dulu, aku selalu jealous dengan orang yang suara merdu. Confident je diaorang nak nyanyi. Masa aku umur 4 ke 5 tahun (xingat) ayah aku suruh aku masuk pertandingan nyanyi. Dan aku nyanyi lagu English. Dua lagu kot. Dan confirm tak menang sebab suara buruk. Tapi tujuan mak ayah aku suruh masuk hanyalah untuk boost confidence. Lagipun masa kecil lah nak masuk pertandingan nyanyi pun sebab suara tak aurat lagi. Suara macam katak pun, orang masih clap. Konon aku nyanyi comel je... Lol!

camnila aku nyanyi masa tu. dengan gaya sekali. bezanya pakaian menutup aurat.

Disebabkan suara aku sumbang, aku jadi tak suka nyanyi. Aku elak dari nyanyi. Jadi bila aku sedih, of course aku tak layan lagu. Dahlah aku tengah sedih tentang sebuah masalah, tambah lagi bila dengar suara sendiri sumbang, lagi la sedih aku nanti!

Thus, I diverge towards reciting Al-Quran. At least when ure reciting the holy Quran, no one will laugh at your voice. Sebab baca Quran ni tak ada carta yang menyatakan secara spesifik yg suara orang tu sumbang. Cuma kalau suara seseorang mengaji tu merdu, memang orang dapat rasa urmphhh suara tu. Cam syok je dengar. Tu baru suara imam, belum dengar suara Bilal bin Rabah lagi. 

The point is, Alhamdulillah aku tak reti menyanyi. Jadi aku tak end up masuk realiti tv yg bersepah sekarang. Bila aku tak reti nyanyi, aku ngaji bila aku sedih. Cuma kadang kala, apa yang kita sedang baca tu kena dengan apa yang kita alami. Terasa sangat Allah memahami kita. lepas tu jadi nangis.... ngaji pun nangis juga rupanya. ingatkan bila nyanyi je boleh nangis. Haha!


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...