Thursday, November 1, 2012

Mammogram dan Wanita


Assalamualaikum. 

Tahukah anda apa itu mammogram? Rasanya ramai dah kot rakyat Malaysia yang tau istilah ni sebab benda ni termasuk dalam bajet 2013 yang dibentangkan baru-baru ini. Mammogram ni proses x-ray breast untuk kenal pasti masalah terutamanya kanser.
Kerajaan telah memperuntukkan RM25 juta untuk ujian mammogram percuma untuk a lebih 100,000 wanita berusia 40 tahun di negara ini. 
At first, aku pelik kenapa 40 tahun? Bukan 20? Bukan 30? Alhamdulillah, dapat attend talk dianjurkan oleh Avail baru-baru ni. Health talk on cancer by Dr Nik Munirah. Dia ni pakar radiologi dan handle unit kanser payudara.

Masa attend tulah baru aku tahu yang mammogram tu memang sesuai untuk wanita lewat usia. Wanita muda dia banyak tisu di bahagian tersebut. Contoh, Minah yang berumur 25 tahun rasa macam dia ada lump dekat breast dia. So, bila dia pergi ke hospital, doktor akan SCAN. Bukan mammogram. Sebab kalau perempuan muda, dia buat mammogram ni macam sia2 je sebab nanti output mammogram tu nampak putih je. Tak dapat kesan pun kanser sebab banyak tisu.

Inilah mesin mammogram

Sebab struktur dada bagi wanita muda dan wanita lewat usia berbeza, maka kaedah rawatan tu berbezalah. Patutlah bajet tu dinyatakan wanita 40an ke atas. 

Btw, my comment tentang bajet tersebut: baguslah kan ambil berat tentang perempuan. Mungkin dengan percuma macam ni baru ada orang nak pergi buat pemeriksaan. Kalau tak, macam kes vaksinasi HPV. Yang tak termasuk dalam kategori dapat secara percuma tu, memang tak pergi klinik untuk dapatkan vaksin tersebut. Termasuklah aku yang tak pergi pergi lagi ni. Heeeeeeee


Pernah kawan Momy bagitahu buat mammogram ni sakit. Tapi bila tanya Dr Nik Munirah, dia cakap sebenarnya tak sakitpun. Tapi TAK SELESA. Perempuan ni kan selalu over emotional sampai bila dia rasa tak selesa skit je, terus rasa sakit. Tak payah nak bagi contoh jauh. Macam aku lah. Terlanggar kerusi, dengar "ADUH!" yang keluar dari mulut tu macam sakit bebeno. Padahal tak sakit pun. Reaction je lebih :-) 

Ni dah tahu serba sedikit, bagi yang berkenaan, sila kurangkan takut anda. Kalau di HUSM, boleh je perg buat mammogram on the spot. Tak payah buat appointment. Prihatin kan?



0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...