Thursday, September 6, 2012

Anak Kampung yang HEBAT



Lagu ni sebenarnya aku baru tahu bila tengok Tanyalah Ustaz ada ustaz ni tiba2 kuarkan korus lagi nak kasi penonton gelak. Dan aku terus cari Youtube lah. Komen aku?

Lagu ni best juga la irama dia. Namun, seperti biasa aku takleh dengar banyak kali sebab nanti aku pening. Tapi tu tak penting.

Lirik dia aku rasa sangatlah downgrade orang kampung. Weh, orang kampung sekarang hebat la! Contoh, Momy. Sangatlah kampung asal usul dia. Balik kampung Momy memang aura kampung, pokok situ sini, tahi lembu atas jalan, ada lembu kerbau kambing situ sini. Rumah kayu. Sangatlah berbeza dengan kampung Dady yang langsung tak ada aura kampung sebab rumah atok ada lebih dari 5 aircond, water heater, dan wifi yang kelajuan dia kalah rumah aku. 

Oh ye, ramai lagi orang kampung yang berjaya sebenarnya. Contoh: Dato Maznah Hamid -iron lady.

Berbalik pada lagu ni, aku rasa anak kampung ni give up terlalu awal. Kenapa perlu pasrah yang dia ni miskin, sedangkan kita boleh berusaha nak mengubah hidup kita. Sebab aku percaya pada kata-kata, "when there's a will there's a way". Serius aku rasa lelaki ni saje je buat ayat sedih padahal bukannya nak sangat pun perempuan ni sebab dia ala-ala nak berbelas kasihan. 

Satu lagi, dia takut hidup perempuan ni sengsara. Well, sebelum kau takut dengan masa depan orang, kenapa tak takut masa depan kau dulu. Serius, aku rasa cam nonsense kalau lelaki bagi alasan cam gini. Sinonim dengan kes lelaki nak clash dengan alasan perempuan tu terlalu baik untuk dia. Aku dengar terus cam, "wadehek la mamat gini. perempuan baik la orang nak.".

Ha. Dia cakap mungkin perempuan tu menyesal kalau pilih dia. Well, another reason which shows that he does not truly love the girl. Kalau betul2 cinta, kau akan cuba baiki diri kau menjadi lebih baik. Kita improve diri sendiri tu untuk diri kita sendiri juga kan. Kita akan cuba jadi pasangan yang membahagiakan pasangan kita. Lagipun, kenapa perlu rasa cam tu, entah2 perempuan tu elok je rasa bahagia hidup dengan orang kampung. Tak ke rugi tu. 

Kebahagiaan juga bukan diukur dengan harta. Harta memang perlu untuk bahagia. Yelah kan. 2-3 hari lepas kahwin duk bawah pondok boleh lah. Cuba anak 3, duduk dalam pondok yang bocor situ sini. Anak kena hujan jadi selalu sakit. And this will affect the family's emotion. Bila stress, mudahlah nak gaduh.

Kita jangan terlalu kutuk diri sendiri. Lama-lama jadi doa. Memang budaya Melayu ni suka rendahkan diri. Tapi Momy selalu pesan jangan kutuk diri sendiri. Rendah diri sangat berbeza dengan mengutuk diri sendiri. Jadi kena fahami perbezaan dua benda ni sebab selalunya kita ingat cara merendah diri ialah dengan mengutuk diri sendiri.

Konklusi, lelaki ni tak da eager mana pun nak kat perempuan ni. Jangan mudah pasrah dengan nasib sebab kita boleh ubah nasib kita. This reminds me of cerekarama entitled "Perempuan Neraka". Si suami ni kata dia sanggup ke neraka sebab terlalu sayang pada isteri dia asalkan isteri dia di syurga. Aku dengar dialog ni terus, "wadehek la mamat ni. kenapa tak berusaha ke syurga sama-sama. Kenapa give-up dan redha bukan pada tempatnya." Nauzubillah.

Btw, lagu ni alright je nak dengar saje2. Komen ni komen peribadi sahaja dan tak ada niat nak kondem dia. Cuma aku sebagai orang linguistik ni selalu digest perkataan dan maksud sesuatu ayat. Bukan sekadar dengar.



2 comments:

akmall said...

den suko lagu ni..memang best lag daghipado lagu si gangnam stail tu..

Nadhirah Ahmad said...

akmal: kan. bes ddgr. cume lirik j krg skit bg aku.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...