Thursday, July 26, 2012

Turning Simple into Big


Salam Ramadhan. Here's a simple question. Do you believe that small things can turn into big things? Kotak tisu. Apa yang anda nampak? Serius dulu aku hanya nampak benda tu fungsinya lap hingus atau lap air kalau tumpah. A thing that only serves as a solution to your own problem. Namun, pengalaman boleh mengubah perspektif pemikiran kita.

Jumaat, di Kota Makkah. Aku melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal sebelum solat Jumaat. Fuhh, dengan teriknya matahari. Namun, itu langsung tak mengurangkan bilangan yang bertawaf. Yelah, time Jumaat ni ramai yang datang termasuk penduduk di Makkah sendiri untuk rebut gandaan pahala solat.

Tengah sibuk tawaf, nampak orang passing kotak tisu. At first, I ignored it. Lepas tu baru faham, rupanya ada orang bawa kotak tisu dan passing kotak tu jadi siapa2 boleh ambil tisu tu untuk lap peluh kat muka dan dahi. Yup, majority of us are sweating. Cuma perempuan tak nampak sangat berpeluh sebab pakai telekung. I was like, oh my! Aku langsung tak terfikir kot yang kotak tisu tu boleh buat pahala yang banyak kat Baitullah ni. Bayangkan satu kotak tu ada 100 tisu, dan 100 orang guna untuk lap peluh, memberi lebih keselesaan untuk bertawaf. Subhanallah. Besarnya pahala dan impak yang diberi oleh sekotak tisu. Pahala bawa kotak tisu tu satu hal, ramai juga yang nak passing kotak tisu tu pada orang lain sebab nak rebut pahala jugak. Memang tak ada seorang ambil 3-4 tisu atau bila dapat kotak tu, simpan senyap2 supaya nanti boleh guna untuk lap peluh lagi. Serius positif gila suasana sebab orang sekeliling berebut nak pahala, jadi kita yang lihat pun nak juga cari benda nak buat pahala. Memang betul kalau kita nak jadi baik, kita kena cari kawan dan suasana yang membawa kita ke arah itu.

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (Hadith Bukhari)



Selain itu, turut melihat ada beberapa orang pegang gelas diisi dengan air zam-zam. Yup, Zam-zam is the only drink here. Free flow! Aku fikir orang-orang ni nak bagi kat family dia kot air ni. Tapi, bukan seorang je buat begitu, ada dalam 7-8 orang. Again, then I began to understand. They volunteered to give drinks. Tong air tu banyak, cuma isikan air je. Lepas tu bagi kat orang disekeliling lebih2 lagi pada yang sedang bertawaf. Ada beberapa orang cleaner pula berdiri berdekatan kaabah dengan beg plastik supaya mudah orang yang minum air tadi untuk buang gelas plastik tu. Serius, rasa macam kecilnya aku sebab aku langsung tak terfikir nak buat pahala macam tu. Benda senang je, tapi menyenangkan ramai orang. Kadang-kala kita terlalu fikir pahala itu dibuat dengan ibadah pada Allah seperti solat. Terlupa ibadah2 mudah seperti yang saya lihat tadi.

Belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Ramadhan. Antara ibadah simple yang kita boleh buat ialah bagi sedikit makanan pada orang lain untuk berbuka. The simplest: Dates! 




 “Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun .” (Al Hadith)

Semoga kita gunakan bulan ini untuk mendidik diri kita menjadi individu Muslim yang lebih cemerlang dunia akhirat.

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...