Sunday, July 29, 2012

Inspired is a Choice


We BEN 8 finally got our results. Alhamdulillah thank you for His blessings. We are all able to graduate together. Hoorah!

Sekadar berkongsi beberapa cerita yang bagi aku inspirasi dan motivasi. Dulu masuk universiti dengan target First Class sebab pernah dengar ada kakak ni dapat First Class macam best je. Lepas tu baca blog Hanis Zalikha (artis) ni sardin je dapat 3.94. Dua benda ni aku rasa macam wow! Macammana diorang dapat? 

Sebenarnya tugas kita target, dan usahakan. Work for it! Dapat ke tak tu bukan urusan kita. Same goes to the research project. At first, I knew nothing. Seemed like don't know where to start. Tapi, bila kita cuba work for it, tanya orang itu ini, alhamdulillah dapat A. Walaupun aku kurang masa 3 minggu kerana menunaikan umrah dan supervisor ada pergi overseas dan jangka masa aku ada tu adalaah sesuatu yang aku tak boleh ubah. Cuma kita boleh atur kerja mengikut masa yang kita ada. Time management is one the main things I learned in AVAIL.

Kalau orang baca blog Hanis tu, dia mungkin rasa Hanis tu menunjuk-nunjuk, tapi aku tak rasa macam tu. Aku rasa inspired gile! Bagi aku, kalau aku rasa dia menunjuk2, aku tak dapat apa pun. Tapi bila aku rasa inspired, tu adalah motivasi untuk aku baiki diri aku. Kalau dia boleh dapat 3.9, kenapa aku tak boleh? Sebelum ni aku tak pernah dengar atau selami jiwa orang yang dapat 3.9. Pointer 3.9 antara impian aku. Cuma impian tanpa visual agak sukar. Macam nak beli Buggati Veyron, tapi tak tahu pun Bugatti tu bentuk macammana. But once you can visualise your target and attached to it, then you can really WORK for it. Dan Alhamdulillah dapat 3.92.

Inilah Buggati Veyron. Anda berani drive ni melalui jalan Gua Musang?

Masa matrikulasi, ada yang dapat 4.00. Aku hairan macammanalah orang dapat A setiap subjek sedangkan aku nak dapat B pun merangkak-rangkak. Aku setakat hairan je, tak buat apa-apa tindakan lain. Tahun lepas, kawan aku kat UIA bagi tahu dia dapat 4 flat. Masa tu baru aku BELIEVE. I believe that anyone deserves 4.00. That believe makes me work. Dan aku tak dapat 4.00 pun. Hahaha. Setakat 3.95.

Bagi aku, kita perlu rasa bodoh. Macam kasar pulak dengar. Tapi hakikat. Semakin hampir dengan peperiksaan, kita perlu rasa makin bodoh. Bila kita rasa bodoh, kita akan banyakkan membaca. Dan semakin banyak kita baca, kita akan rasa lebih bodoh sebab baru kita tahu yang banyak sangat-sangat benda yang kita belum tahu. Kalau kita berhenti rasa bodoh tu bahaya, sebab itu mungkin titik kita berhenti belajar. When you stop learning, that means you are being unteachable and this leads to FAILURE.

To me, if we want something, we need to understand and visualise what we want. Usaha tu kerja kita, hasil tu kerja Allah. Bila dah kita usaha sehabis baik, barulah kita dapat kecapi konsep tawakal. Bila tawakal kita tu betul2 tulus dan ikhlas, apa-apa keputusan kita rasa senang hati. Sentiasa memohon pada Allah agar Allah bagi yang terbaik untuk kita. 
"Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan doa kamu. (Mu'min:60)



2 comments:

Jαnnαhツ said...

congratz! hanis zalikha memang power! pointer gempak habis. hahaa

Nadhirah Ahmad said...

Jannah: thank you. Yup.. Result power die tu

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...