Monday, June 25, 2012

Pengalaman: UK Edu System 1


Setelah memberi komen mengenai sistem pendidikan di Malaysia, saya ingin berbicara tentang sistem pendidikan di United Kingdom, atau lebih spesifik; Scotland.

Well, heaven. A word that describes my primary school life in Glasgow, Scotland. Everyday I was fulfilled with high level of motivation to be in school. Experiencing from primary 5-7. And a few days of secondary school exposure.

Royston primary School. Bangunan kat sana: luar klasik, dalam cantik. Believe it or not, kalau Glasgow Council nak robohkan sekolah ni untuk bina taman ke, aku antara yang awal join demostrasi halang mereka roboh. Haha. (Tapi serius aku sayang gila sekolah ni).

Jikalau di Malaysia seorang cikgu, satu subjek. Di Glasgow, seorang cikgu, satu kelas. Cikgu ini akan control semua benda dalam kelas ini. Dari 9 pagi sampai 3 petang.  Super power teacher will teach maths, language (English), art, read the class stories etc.

Kalau kat Malaysia, siapa yang tak dapat keep-up dengan pembelajaran kelas akan rasa down gila dan terpulau walaupun tak ada orang pulau pun sebenarnya. Yelah kalau dapat nombor bawah-bawah tu mestilah ter-nyah-motivasi kan? Well, in Glasgow, in a class students are grouped into many levels. Contoh, untuk subjek utama: bahasa Inggeris dan Matematik. 

Bahasa Inggeris ada 3 group; Tulip, Sunflower & Daffodil. Setiap kumpulan ni kena baca buku berbeza dan latihan pun dari buku berbeza. Memang Daffodil tu soalan dia senang skit tapi disebabkan tak ada unsur ranking ke apa, jadi sentimen kumpulan mana cerdik tu tak ada. 

Sama juga dengan matematik. Tapi memandangkan otak aku dan 2 orang lagi agak bijak, cikgu aku pun buat group khusus untuk kami 3 orang. Guna buku yang lebih susah. Ergh. Tak pasal-pasal aku kena guna otak aku kan. Kalau tak, boleh siap kerja cepat lepas tu main. Yes, di sini kalau kerja dah siap, kita boleh buat apa-apa yang kita suka seperti pilih2 buku dan tengok2 buku di ruangan buku (setiap kelas ada ruangan ni), melukis sesuka hati dalam buku yang disediakan dan mungkin juga berkemungkinan berpeluang main board games (kat sana board games berlambak). Actually approach ni bagus sebab benda yang aku buat seiring dengan otak. Jadi tak limit lah otak aku untuk berkembang.

Di sana exam ada. Tapi sekali setahun je kot. Setakat nak tetapkan level. Dan tak ada pun tampal kat dinding ke kau level berapa aku level berapa. Maka, tidak stress :-) Memandangkan aku berada dalam group soalan susah, exam aku pun susah. Tapi result tak keluar2 pun. Jadi jawab jelah. Yang penting, bincang kertas2 soalan ni tak ada. Apatah lagi soalan spot. Jadi memang betul2 uji diri sendiri. Yang lagi best, kadang2 soalan kawan kau kat sebelah tak sama pun dengan kau. Haha.

Memandangkan seorang cikgu ni kawal satu kelas, maka suka hati dia nak buat aktiviti apa. Cuma setiap hari tu ada lah Matematik dan Bahasa Inggeris. Setiap tahun, setiap kelas mesti ada projek seperti Stirling history, wildlife, health, world war II. 

Contoh projek world war, cikgu akan suruh guru besar pergi ambil stok buku yang berkaitan dengan tajuk projek tu. Jadi kitaorang akan dapat baca, lepas tu cikgu pulak akan duk berbincang dan bercerita apa-apa tentang projek tu. Arts pun ada kala bertemakan projek kelas. Jadi memang banyak sangat pelajar dapat belajar. Dan budak macam aku ni suka tunjuk pandai kat cikgu dengan surf internet dan bawa maklumat tambahan tentang projek :-)) Cuma yang aku kurang puas hati, cikgu aku selalu cerita yang German jahat serang dan kesian semua rakyat Britain ni kena bom, hidup dalam ketakutan. Mod kesian sebab jadi mangsa. Dalam hati aku ada juga terpendam skit rasa, "eleh. yang kau tu sama je. Jajah negara aku lepas tu angkut hasil negara aku". Tiba2 jadi patriotik kan. Haha.

bersambung... nak cerita tentang sistem ganjaran dan hukuman.

2 comments:

Jαnnαhツ said...

lawa header. hehehe

Nadhirah Ahmad said...

Jannah: thank u. kwn buat sbb hri tu punye terdelete. kalau xde header tu, lama dh kot bhnti blogging. hahah

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...