Thursday, May 31, 2012

Soal Mahar: Siapa Tetapkan?

Bismillah dan Assalamualaikum. 

Kini kenduri kahwin semakin banyak kerana cuti persekolahan. Bila bercakap tentang perkahwinan, timbul  isu mahar atau mas kahwin. Baru ni ada rakan FB bertanya, kalau RM 10 ribu untuk perempuan berkelulusan ijazah ok tak? Hurm. 

Bagi saya tahap pendidikan bukan kayu ukur mahar. Tapi akhlak dan peribadi wanita tersebut adalah kayu ukur yang sebenar. Buat apa belajar tinggi sampai langit tapi suka mengutuk suami kan. Ilmu memang penting, tapi kalau ilmu itu tak dipraktik, sia-sia lah jawabnya *peringatan diri sendiri*.

Tak perlu lah nak gaduh-gaduh soal mahar ni. Benda kecil je pun. Kalau mahar pun nak bertekak dah, apatah lagi masa kahwin nanti. Banyak lagi kot isu yang perlu di runding dan dibincang. Pendek kata, berbincang sesama keluarga dan masing2 perlu memberikan toleransi antara satu sama lain. 

Lelaki suka complain perempuan letak mahar mahal. Perempuan pula ada hujah mereka sendiri. Senang cerita, si perempuan bagi peluang untuk menyuarakan berapa pihak lelaki nak bagi. Dan pihak lelaki pula,  reasonable lah sikit bila orang dah bagi kelonggaran tu. Memang sebaik-baik wanita itu, adalah yang maharnya rendah. Tapi, mahar itu adalah pemberian kepada lelaki kepada wanita. Jadi kalau kita betul2 sayang pada seseorang itu, kita tak kisah pun nak bagi lebih sedikit. Sebagai penghargaan. Untuk isteri kita juga kan.

Ya, bukan senang ibu bapa mendidik seorang kanak-kanak perempuan menjadi wanita muslimah. Segala benda perlu dipantau dan dijaga. Era kini, bukan senang untuk wanita menjaga maruahnya. Nak ke bandar, perlu pastikan ada yang menemani. Jika bekerja atau belajar dalam suasana yang mempunyai unsur-unsur pergaulan bebas, si wanita itu perlu tegas menyatakan pendiriannya. Tidak boleh disentuh, tidak boleh sewenang-sewenangnya bertepuk tampar antara adam dan hawa. Menjaga aurat sebaiknya untuk tatapan bakal suaminya sahaja...

Di Terengganu, hanya ada satu nilai iaitu mahar. Wang hantaran tak ada. Di sesetengah negeri lain, ada mahar dan wang hantaran. Mahar milik perempuan sepenuhnya dan bagi wang hantaran pula, keluarga perempuan mempunyai hak ke atas wang itu (biasa diaorang guna untuk tampung kos kenduri).

Di sebabkan Terengganu hanya mengamalkan sistem mahar sahaja, tiada wang hantaran, maka pihak pengantin perlu tetapkan nilai itu. Bagi negeri2 yang ada dua nilai (mahar+hantaran), mahar ditetapkan oleh kerajaan negeri, tetapi penetapan wang hantaran adalah bergantung kepada individu itu.

Konklusi, pihak perempuan berilah kelonggaran kepada pihak lelaki dalam menetapkan mahar. Dan pihak lelaki pula, berilah mahar yang setimpal dengan nilai wanita itu. Wanita itulah yang akan menjadi teman hidupmu dan ibu kepada anak-anakmu kelak. 


Dinasihatkan round up mahar. Kesian kot tok imam tua-tua tergagap2 nak sebut RM8989.89. 

6 comments:

Anonymous said...

Di Johor mahar hanya RM22.50 sahaja... mahar bukan wang hantaran..
setau saya, pihak perempuan tidak meletakkn nilai utk mahar, tetapi nilai utk wang hantaran sahaja....
betulkan kalau saya tersilap

Anonymous said...

Di Johor mahar hanya RM22.50 sahaja... mahar bukan wang hantaran..
setau saya, pihak perempuan tidak meletakkn nilai utk mahar, tetapi nilai utk wang hantaran sahaja....
betulkan kalau saya tersilap

Nadhirah Ahmad said...

Anonymous: dsbbkn sy kata td di trg hnya ad mahar. Tiada wang hantaran jadi nilai mahar itu bgntung pd pngtin utk ttpkan.

Anonymous said...

=)
Thanks for your info. Even saya org Trg, xtau pon Trg ade mahar je. Nak RM 10ribu la..ehe

Adylia Qarissa said...

lain negeri lain cara dan adatnya.. pantai timur lain kiraan bagi mahar tak sama ngan negeri lain. :)

Nadhirah Ahmad said...

Adylia: yup. Lain ngri, lain adat. Cuma nk ketengahkan isu yg hrga buat tinggi2 smpai laki terbeban. Tu je. Sbb isu ni perlu prbncgan yg tbuka oleh dua2 pihak. Bru bhgia. Cehwah (pdhl dri sdri pun blm kwin)

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...