Saturday, May 5, 2012

Lesson 1: We Place Ourselves

Tengok tajuk mesti rasa macam cerita Indon yang Jumaat pukul 3 petang tu kan. Dari tajuk dah tahu cerita apa. Contoh, Si Penggali Kubur yang Kaya Mendadak, Penyamun yang Mati Ditembak. Im proud Malay directors are creative with movie/ drama title. But I deliberately insert conclusion in title so that you get what I want to share. I blog to share. So, a person who is busy can just read the title and get it. Tapi kalau nak dengar cerita lebih kena baca lah. 

Baru ni sepanjang di Saudi memang banyak sangat tarbiyah dan pengajaran yang Allah sampaikan. Memang betul lah orang kata pergi ke tanah suci ni tak sama. Agreed! Tapi tak da la nak tolak pelawaan ke New Zealand ke Jepun ke kalau orang ajak *wink*

Bila tengok Masjidilharam, memang setiap masa, setiap detik ada orang tawaf. Cuma ramai atau kurang ramai. Ramai adalah bila langsung tak ada tempat nak solat di tepi kaabah. Kiranya tapak yang ada kaabah tu, adalah ruangan tawaf sahaja. Penuh! 

Setelah beberapa hari kita orang perasan waktu orang kurang sedikit tawaf ialah dalam pukul 7 pagi. Jadi masa tulah mencari ruang untuk tawaf sunat. Tawaf sunat sangat besar pahalanya. Seriously, masa terpaksa shopping terasa sangat "adohai daripada aku jejalan tengok kedai, baik jejalan kelilingi kaabah". Tapi terpaksa shopping untuk beli cenderamata untuk orang di Malaysia. Contohnya kurma (kurma cenderamata ke). Bagi tahu Momy buat apa beli kurma banyak2 kat sini. Nak kena beli satu hal. Berat nak bawa balik satu hal sebab tak boleh masuk kargo. Kalau masuk kargo, semua kurma tu dah jadi jem. Yelah. Botol air zam-zam pun boleh pecah sebab kena baling. 

Ha. Berbalik kepada tajuk. Pendek kata, saya memang elak tawaf ketika orang ramai. Sebab bila ramai, pusingan tu jd besar, jadi macam jauh lah skit. Tapi, bila fikir balik, kenapa aku nak golongkan diri dalam yang berada jauh dari kaabah ketika tawaf tu, kenapa aku tak golongkan diri aku yang berada dekat dengan kaabah tu. Kalau aku jadi orang yang dekat dengan kaabah tu, maka pusingan tawaf jadi kecil lah skit. Kan?

Satu lagi, semasa di Hijr Ismail. Semasa 2008 tak masuk pun sebab tengok orang di Hijr Ismail tu asyik ramai je. Sebenarnya, kalau nak tunggu kosong, memang mustahil sebab akan penuh setiap masa kecuali waktu tempat tu ditutup. Dan bila cuba masuk dengan Dady, alhamdulillah. Boleh je sebab kita yang pilih untuk letakkan diri dalam orang yang dapat masuk ke Hijr Ismail. Kalau kita rasa kita boleh, kita akan usaha untuk itu. Dan semestinya dengan doa, insyaAllah Allah permudahkan.



Memamg saya tak nafikan, dulu selalu cakap besnya orang tu, besnya orang ni. Tanpa kita sedar, kita yang meletakkan sama ada kita ni nak jadi macam orang yang kita lihat tu. Macam syurga dan neraka. Kita tahu ramai manusia yang masuk neraka, tapi kita yang cuba untuk golongkan dan pelihara diri kita supaya kita ditempatkan dalam syurga, insyaAllah dengan rahmat Allah.

1 comments:

Naz said...

food for thought..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...