Sunday, May 20, 2012

Di Sebalik Nikah Mut'ah

Nikah Mut'ah. Pernah dengar tak? I got the info from Nona. Nikah Mut'ah ni lebih kurang macam ni:

Lelaki: Aku mut'ah dengan kau sepanjang pengajian di sini, dengan mahar RM80 tunai.
Perempuan: Aku terima mut'ah tersebut.

Mut'ah ni berlaku antara lelaki dan perempuan tu sahaja. Tak ada wali. Bila dah bermut'ah, diaorang pun boleh buat apa sahaja seperti pasangan suami-isteri yang lain. Benda ni tak sah di Malaysia sebab tiada hitam-putih status pernikahan ni sebab berlaku tanpa saksi. Dan seorang pakar dalam bidang ni (lupa nama ustaz tadi) berpendapat yang nikah Mut'ah ni haram dalam Islam sebab benda ni nampak sangat untuk suka-suka sedangkan perkahwinan adalah tanggungjawab. Nikah Mut'ah ni amat popular di negara Arab sebab benda ni sebahagian dari amalan syiah.

Rasa sangat setuju benda ni haram dan bentuk penganiayaan. Yelah, lelaki boleh buat apa-apa je kat perempuan kerana ada tiket 'nikah'. Lepas tu bila diaorang dah habis belajar, lelaki tu boleh sardin je balik Malaysia dan tinggal 'isteri' dan cakap nikah tu kan valid masa belajar je. Ha, aku dah nak start emo tak pasal-pasal. Haha.

Jadi sebelum aku lebih emo sebab aku memang sangat tak suka perempuan dilayan sesuka hati oleh lelaki, jadi baik stop dulu lah. Nasihat saya, undang-undang nikah di Malaysia tu ikut jelah sebab kebaikannya pada kita juga. Kalau kita nikah dan tak daftar pula di Malaysia, nanti kalau tiba-tiba suami tu buat angin kuskus dia ceraikan isteri, tak ke merana sebab tak dapat hak-hak. Nasib isteri satu hal. Nasib anak juga perlu fikir. Jangan kerana kesilapan kita, anak yang lahir tu dikategorikan anak tak sah taraf, anak syubhah ke apa ke, anak yang tak diberi nafkah oleh bapa ke. Benda ni akan bagi kesan pada anak. Yelah kan, aku yang kena buli masa darjah 1 oleh lelaki yang ludah air liur kat beg aku pun, sampai sekarang aku ingat. Nasib abik dah lupa nama budak tu, kalau tak satu FB aku cari. Haha!






5 comments:

Ayuni said...

pun x setuju, mcm aniaya perempuan je....

akmall said...

Memang kahwin mutah ni puak syiah yang amalkan, kalau tengok video dorang hina Rasulullah SAW, lagi sedih tau,.

Nadhirah Ahmad said...

Tulah. Islam pun haramkan benda ni. Mmg islam tu adil.

Nadhirah Ahmad said...

Akmal: syiah ni mmg fhman plik skit.

Shafiq said...

Memang macam penganiayaan ke atas wanita..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...