Sunday, March 25, 2012

Amalan utk Kurus (Own Experience)


 It's me- Plumpy Nadhirah-in pink

Gemuk kan dalam gambar. Masa gemuk tu, berat bernombor 5_. Memang masa berjalan, peha bergesel. Serius sangat tak selesa dan tak berkeyakinan. Tak cantik tu saya tak kisah mana, tapi saya tak ada keyakinan. Sebenarnya masa matrikulasi tu, tak sedar saya gemuk, cuma pelik kenapa bila pakai baju kurung, kain ketat. Nasib baik baju bagi hint, kalau tak tak sedar-sedar! Memang baju kurung yang dimaksudkan tu adalah yang form 2 punya tapi masih elok jadi pakai je lah. Sampai ada beberapa baju kurung nak bagi kat roomate sebab tak muat. Baju kurung pun kena buat ukuran baru. Bahu 15 1/2 inch atau 16 inch! (kalah Mumy).

Namun, sekarang bahu 14 1/2 inch, berat badan pun 42-45 kg. Alhamdulillah maintain antara tu. Dan seluar jeans yg form 1 dulu pun boleh muat balik. Baju t-shirt darjah 4 pun masih boleh pakai. Owh, tinggi maintain 158 cm, sekian.

Jadi nak kongsi beberapa tips amalan yang dibuat, berdasarkan PENGALAMAN SENDIRI.

1) Pagi jarang sangat-sangat makan sebab malas. Saya biasa ambil produk nama I-food sebab bancuh ir terus minum je. Bagi kenyang dan banyak nutrein lain dan organik. Bila dah ambil I food, makan tengahari je lah. Makan tengahari wajib!


Sedikit info tentang I-food yang saya minum pagi tu. Green Fit tu boleh cuba untuk bantu proses penghadaman dan gantikn untuk makan malam sebab ia macam jus epal. Ada yang turun 10 kg dengan Green Fit, tapi makanan berat kena atur la. Jangan la melantak 5pinggan nasi beriani setiap hari kan. (click to enlarge)

2) Saya tak makan banyak tapi kalau lapar, saya makan je. Tapi biasanya makanan berat 2-3 kali sehari. Biasanya 2 kali sahaja. Ada juga 1 kali sehari sebab lebihkan makanan ringan lain (akan di terangkan pd no 9). 3 kali tu bila final exam je kot sebab lepas exam, confirm kebulur!

3) Pernah tak dengar tips Hot.FM yang makan dalam bekas kecil supaya nampak macam kita makan banyak sebab bekas tu penuh. Saya tak pasti tips tu berkesan ke tak tapi saya dah beberapa tahun suka makan dalam pinggan yang biasanya orang letak lauk tu. Sebab utama sebenarnya sebab senang tak tumpah sebab pinggan lauk tu kedalaman dia macam mangkuk. Jadi letak kuah banyak-banyak takpe. Tapi, letak nasi 2 senduk, memang sendat dah pinggan saya tu.

4) Air! Yang ni utama lah. Air kena banyak. 8-9 gelas sehari. Saya suka air suam. Sebab bila minum, badan berpeluh macam lari marathon. Alasan malas joging. Tapi badan memang rasa segar sebab berpeluh. Cuma yang bising nya Mumy lah sebab dia hairan sehari 3-4 baju saya tukar. Hehe. (saya basuh baju sendiri ye)

5) Air pula saya minum sebelum makan. 30 minit lepas tu baru saya makan. Tapi yang ni jarang saya buat sebab bila lapar terus makan. Lupa dah nak minum air dulu.

6) Yang ni memang PASTI buat! Siapa yang pernah makan di kedai sekali dengan saya, memang tahu saya tak minum air lepas makan. Kecuali kalau masakan pedassss sangat sampai tak tahan tu terpaksa minum lah. Saya rasa trick ni sangat berkesan sebab perut rasa selesa lepas makan. Bila selalu amal tak minum air lepas/ semasa makan, memang akan rasa buncit dan tegangnya perut bila minum air semasa makan. Pencernaan pun lebih mudah berlaku. Orang lain pernah tanya, tak tercekik ke? Entah, aku kunyah banyak kali kot. Btw, chewing food many times is good for digestive system and part of sunnah.

7) Jadi bila saya minum air? 1 jam selepas makan. Waktu-waktu lain saya suka minum air suam juga. Saya dulu ada masalah lupa minum air, lepas tu rasa tak larat sebab badan tak cukup air. Jadi, saya guna botol tupperware yang saiz lebih kurang 600-700 ml.=. 2-3 botol setiap hari. Memang syok minum air dalam botol macam ni sebab kita tahu banyak mana kita dah minum dan jimat tenaga tak perlu tuang banyak kali dalam gelas. Yang bes, kalau Mumy bising bila cawan banyak atas meja dapur, boleh lah saya buat muka comel dan kata, "i tak guna cawan. I guna bekas untuk minum air". Selamat dari kena marah kan. Satu lagi kelebihan minum guna botol sebab karbon dioksida yang kita lepaskan dari hidung tak masuk dalam air. 

8) Jus buah! Saya kurang minum air panas (milo kopi teh) dan gantikan dengan jus. Juga salah satu saya cara kurangkan makanan berat ialah dengan gantian jus. Pagi, saya ambil I food kan macam saya cakap tadi. Lepas tu tengahari wajib makan makanan berat. Petang atau malam saya suka buat jus. Ambil buah segar. I love watermelon or green apple. Kemudian blend. Tapi jangan hancur sangat macam kat kedai tu. Bila kita minum boleh la rasa skit-skit buah-buah yang tak terkisar skit-skit. Tuang kan jus tadi dalam mug (tanpa tapis), dan memang kenyang lah minum jus tu. Kiranya, alternatif untuk maggi ketam lah. And of course, no ice! Green Fit kat atas tadi boleh ganti jus epal juga.

9) Makan benda-benda ringan untuk gantikan benda berat. Saya sangat suka buah. Buah mudah bagi kita kenyang sebab ada jus. Dan bila lapar, saya suka makan kismis. Sampai kismis doa yang sebotol patut tahan sebulan jadi tahan 4 hari je. Selain itu, saya makan I-kids. Produk bantu perkembangan minda (aktifkan neuro-transmitter) dan insyaAllah tingkatkan imunisasi badan dll.

10) Saya manusia biasa, saya bila jumpa lauk kegemaran, boleh makan 5 kali sehari. Tapi disebabkan gulai cili padi nangka jarang jumpa, saya jarang la buat macam tu. Tapi kalau jumpa lauk tu selalu, nilai kegemaran tu mungkin hilang. Saya jarang tinggalkan makanan asasi- nasi dalam menu seharian. Tapi sebulan tu, ada juga 3-4 hari tak makan nasi. Sebab malas makan nasi dan bosan hari-hari nasi. 


Sekarang? Rupa macam mana? Kurus atau gemuk? Saya pernah kata saya masih gemuk, kawan aku nak bagi penampor seraya berkata, "kalau mu kurus, aku ni ape? Obes?" So, aku anggap yg aku ni kurus skrg. Sekian.

Gambar latest. Paling kanan (in black and grey scarf) 
Baju tu nampak besar, tapi boleh muat baju saiz 38 sekarang. 


Sekadar pengkongsian.  

*(ni mmg pnglm sendiri, amalkan di bawah tanggungan risiko masing-masing)
*sebarang pertanyaan lanjut, boleh comment atau contact sy mllui email atau h/p num.



8 comments:

Naz said...

aku ada masalah berat badan x..?? konpius..

Nadhirah Ahmad said...

Nazrah: mu alami x simptom2 sprti ak, dgu blpis, pipi ke hadapan, peha kiri brmu peha kanan dll.

Adibah Zamri said...

pasni nk ikot care nadhirah gk laa.. mlm mkn buah je.. bdan kite mmg perlu byk air, 25kg biasenye lebih 1liter, jadi klu 50kg kne minum 2liter lebih gk ar dlm shari, camtu laa..hehe

amin said...

u look much cuter when plumpy..heheh

Nadhirah Ahmad said...

Dbah: yeke 2 liter.Tp Sy pnh bce air ni tgktkn mtblisma bdn...

Amin: xpela xcute pun.. Skrg lbh confdent dan bpuas hti dgn bdn sdri... :-)

eencyweency said...

nk kuruh gop nad!!!

Nadhirah Ahmad said...

wawa: hahah. mu cube amlkn tips2 tu. hahaha

izan said...

ayat nk bagi penampor tu macam ayat ena je.. hahah bleh bayang nada yer

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...