Sunday, February 5, 2012

Jemputlah Aku ke RumahMu...

Kita merancang. Allah juga merancang dan Dialah sebaik-baik perancang. Adakah aku kan menjadi tetamu Allah? Dapatkah aku memberi salam ketika menziarahi makam rasullah?


Rasulallah (s.a.w) bersabda: 
‘Man hajja fazara qabri ba’da wafati kana Kaman zarani fi hayati’.

Maksud: Barangsiapa (atau sesiapa) mengerjakan haji (dan umrah) maka menziarahi kuburku sesudah wafatku ada (baginya) seperti menziarahiku ketika hidupku.

Hadith riwayat at-Tobrani, al-Baihaqi, Abu Sheikh, ibnu Adi dalam kitab Kanzil Umal

Teringat sewaktu masuk melalui pintu King Abdul Aziz iaitu pintu pertama dan utama di Masjidilharam. Berdebar-debar hatiku. Layakkah aku? Sebaik menghirup suasana dingin Masjidilharam aku menarik nafas sedikit lega namun masih tertanya-tanya. Mana baitullah? Perlihatkanlah rumahMu di mataku. Setiap langkah yang ku ambil diiringi dengan peluh sejuk, mata masih mencari-cari.

Turunnya anak tangga.. Subhanallah! Besarnya keagunganMu. Walaupun fizikal ia hanyalah sebuah binaan biasa yang dihamparkan kiswah yang begitu indah, tetapi nilai sentimental di setiap umat nabi Muhammad begitu bermakna. Sebuah 'kotak hitam' yang menjadi kiblat untuk seluruh umat Islam di dunia. Sebuah kotak yang mampu menyatukan umat Islam. Sebuah kotak yang selaraskan manusia yang dari pelbagai latar-belakang bila bertawaf. Ajaib bila memikirkannya. Ya, fitrah manusia itu Islam. Ia ada dalam diri kita. 


Ya Allah, berilah petunjukMu ya Allah. Bagilah aku peluang menunaikan hasratku yang masih segar di ingatanku ini. Berilah pengaturan yang terbaik. Pengaturan yang terbaik untukku disisiMu. Amin ya Rabb...

2 comments:

Mohammad Lokman Hakim said...

insyaAllah pasti kamu akan menjadi tetamuNya lagi.we pray for it

Nadhirah Ahmad said...

Lokman: Amiennnnn. Mudah2 an

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...