Saturday, January 7, 2012

Pada Allah atau Manusia?

Asyik bahagia je kan. Mesti lah kena ada waktu yang sukar supaya kita dapat rasa lebih bersyukur bila diberi sesuatu kebahagiaan. Banyak betul ujian yang Allah bagi menjelang peperiksaan. Ujian untuk mengukuhkan keupayaan fokus, keupayaan saya mengawal hati, melatih diri saya untuk buat tindakan yang betul bila sesuatu di luar jangkaan berlaku dsb. 

Aku pernah rasa tak best sebab tak ada adik beradik untuk aku luahkan masalah. And I came across a quote, "Banyak meluahkan perasaan kepada Tuhan, kita kurang mendapat jawapan tetapi banyak mendapat ketenangan. Banyak meluahkan perasaan kepada manusia, kita banyak mendapat jawapan tetapi semakin kurang beroleh ketenangan"- Ustaz Hasrizal. 

Baru sahaja menghadapi peperiksaan untuk subjek ketiga. Hanya tinggal satu lagi subjek yang membuatkan saya begitu gerun. Saya hanya mampu bertawakal setelah saya berusaha. Everytime I study, I felt like I know nothing. The more I read, the more I repeat, the less confidence I gained. That snaps my mind. "Ilmu Allah itu luas." Baca dari pagi sampai malam mesti ada je rasa yang tak pasti, tak tahu.

Gambar tiada kaitan, hanya gambarkan emosi perut sekarang

Semester ini, setiap kali sudahnya exam, mesti saya mula cam mana yang salah. Dan yang saya salah itu markahnya pula tinggi. Fikir-fikir balik. Mungkin ni denda Allah bagi. Ya, saya manusia biasa. Sentiasa buat silap. Semoga output yang saya capai nanti, diberkati Allah.

Hey Nadhirah! Tengok blog ni. Macam bahagia tak pernah wujud. Well well well. Masa bahagia, tulis blog ni jadi tak berapa rajin sebab ada benda yang lagi seronok nak buat. Contoh, orang yang baru dapat anak. Mesti rasa nak update blog, tapi buat benda yang lebih membahagiakan dulu seperti main gigit-gigit kaki anak yang baru lahir tu. A blog can wait. But moments can't.


p/s: Sekejap aku, sekejap saya. Argh. Tak kisahlah. Janji maksud sampai. 





2 comments:

Jαnnαhツ said...

erm, biasalah tu. ujian yg Allah bagi tu adalah untuk mematangkan kita... saya pun tengah exam ni nadhirah. ada 3 papers semua. doakan saya jugak ye?

p/s: gudluck dengan paper yg bersisa....

Nadhirah Ahmad said...

Jannah: ok. Selamat berjaya. Semoga mndpt kptusan yg cmrlg dan dbrkti dunia akhirat.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...