Sunday, January 8, 2012

Hasil dan Usaha

Agak lama tak makan di McD. Baru ini ada yang mengajak. Namun, alhamdulillah masih boleh menolak. Itu salah satu azam saya tahun lepas. Boikot McD. Kedudukannya ditengah2 persimpangan utama di Kuala Terengganu amat menarik orang ramai. Parking senang. Drive-thru pun ada. 

Dulu amat menggemari aiskrim nya. Sejak dapat buat home-made McFlurry Oreo dan 4 hari makan McFlurry home-made itu sampai naik muak. Tak sanggup lagi rasanya nak hadap walaupun sebenarnya agak setaraf dengan rasa McFlurry asal. 

Ada yang mempertikaikan kenapa perlu boikot. Di bawah ada petikan yang jelaskan sebab saya boikot. Dan ini merupakan tindakan dari pandangan peribadi saya.

According to the Chicago Jewish Community Online (website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago), McDonald's Corporation whose global headquarters is based just outside Chicago is a major corporate partner of the Jewish United Fund(JUF)/ Jewish Federation of Metropolitan Chicago. McDonald's Corporation was honoured during JUF centennial celebration in 2000 as a first tier corporate partner to the cause of Zionism.

Through its Israel Commission, the JUF "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and,when necessary, responds to counter negative media coverage of Israel".

Lagipun, kita ada banyak lagi pilihan lain dan selagi tak terpaksa. Yang mana boleh kita buat, kita buat. Kot-kot nanti para syahid di Palestin tuntut kenapa tak tolong masa mereka kena serang. Boleh lah angkat tangan cakap, "aku boikot McD". Tak tahulah membantu ke tak jawapan tu. Tak kisahlah, janji niat kita itu biarlah baik.

Walaupun setakat berapa kerat je yang boikot, yang membeli itu jauh lebih ramai, tak apa lah. Masa zaman nabi Ibrahim a.s. Seekor burung cuba ambil air menggunakan paruh dia untuk padam api bila nabi Ibrahim dibakar. Walaupun air yang dalam paruh dia tu tak membantu mana pun untuk memadamkan api yang besar itu. Tapi burung ini tetap usaha sebab dia rasa sekurang-kurangnya dia bantu nabi Ibrahim, bukannya duduk diam bila Allah bertanya pada dia nanti. 

Setinggi mana hasil itu tak penting. Yang lebih penting ialah nilai usaha kita. 


4 comments:

Naz said...

agree..do what we can..

Nadhirah Ahmad said...

Naz: thank u or reading

eimai.sitizulaika.CEO.Vassilias.Vassilisa said...

a point to ponder. Love the part where the bird (a blessed creature in the eyes of Allah swt) has utilised his effort enormously to mitigate the blaze.

Nadhirah Ahmad said...

Sitizulaika: hope we can learn a lot from the bird

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...