Sunday, January 15, 2012

Berziarah Tapi Berdosa


Sebenarnya memang dah lama nak taip tajuk ni. Sejak hari raya tapi tertangguh. Sehinggalah hati rasa tersentap sebab benda baik tak perlu tangguh. 

Begini, saya lihat ramai yang masa balik kampung tapi tak menjaga batas-batas yang sepatutnya. Bila hari raya, biasanya rumah nenek tu kan penuh dengan saudara-mara. Bila saudara-mara ada, ada yang tak sedar  yang ada saudara yang kita tak boleh bertepuk-tampar, bersalam dan sebagainya.

Bila kita mesti menutup aurat dengan seseorang itu maknanya kita pun tak boleh juga bersalam dengan dia. Maklumlah raya. Semua orang nak bersalam sehingga terlupa yang niat baik untuk bermaafan menjadi suatu dosa sebab menyentuh orang yang diharamkan untuk kita sentuh.

Saya bagi contoh-Minah. Minah ada mak ayah. Minah sudah berkahwin dengan Abu. 

Bila pulang ke rumah Minah, Minah perlu menjaga auratnya dengan:

- Abang ipar, adik ipar lelaki
- Bapa saudara yang menjadi bapa saudara Minah kerana ikatan perkahwinan
- Atok saudara yang menjadi atok saudara Minah kerana ikatan perkahwinan
- Sepupu 

Bila pulang ke rumah Abu, Minah perlu menjaga aurat dengan:

- Abang ipar, adik ipar lelaki
- Biras (lelaki)
- Anak saudara Abu (lelaki)
- Bapa saudara Abu
- Atok saudara Abu
- Sepupu Abu

Bila kena menjaga aurat, umumnya ialah rambut, lengan, betis pun kena tutup. Bersalaman pun tak boleh. Gurauan fizikal pun ada batasnya. Si lelaki pula nak masuk rumah yang ada sanak-saudara perempuan pun kenalah bagi tahu. Bukan redah je masuk menyebabkan perempuan terkejut dan berlari cari tudung. 

To make it simple, when a marriage happens, a woman's aurah is only halal to her husband and parents in law and grandparents in law and great-grandparents in law and great-great grandparents in law (if exist).


Moga perkongsian saya bermanfaat. Mohon pembetulan jika tersilap.

2 comments:

aimaniman said...

yupp info yg sangat berguna sbb kita sering melupakan benda yg sepatutnya, dah elok dah tutup aurat tp sebenarnya kita mendedahkan juga di rumah kita sendiri,.. sbb adat dan budaya kita dah macam tu kan...

Nadhirah Ahmad said...

Aimaniman: terima kasih kerana membaca. Ye. Betul tu. Kdg2 ramai yg lupa aurat perlu dijaga sesama keluarga.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...