Tuesday, January 31, 2012

TIGA Jenis Kegembiraan

Semalam, dua rombongan bas dari Terengganu pergi ke Wisma Avail di Puchong untuk jamuan sempena Tahun Baru Cina. Walaupun bas yang saya naiki beberapa kali terhenti termasuklah ketika di puncak Genting, alhamdulillah kami sampai juga. Bukan sekadar jamuan, semestinya juga diselitkan majlis ilmu. Saya ingin berkongsi salah satu input yang saya dapat dari SCM Azman Bidin.

Terdapat TIGA jenis kegembiraan. 

1) Kegembiraan berbentuk sementara
Ramai yang mencari kegembiraan melalui ini. Contoh, serabut dengan masalah maka pergilah berkaroeke. Habis karoeke, gembira semua siap, balik tidur. Namun, bila bangun esok, kena fikir balik masalah itu. 

2) Kegembiraan berdasarkan materialistik
Mungkin ada di antara kita mengukur kegembiraan dengan material. Contoh, kalau saya ada rumah besar yang ada lift, kat luar tu ada kolam renang, tentu saya akan gembira. Maka dikejar-kejar untuk mendapat kegembiraan itu. Yang akhirnya bila sampai dah dapat semua tu, gembira tu tak ada lagi makna. Dan akhirnya kita meninggal, tinggalkan semuanya.

3) Kegembiraan dengan melakukan sesuatu untuk melihat orang lain gembira yang disertai niat ikhlas
Pernah dengar ustaz hasrizal yang terkenal dengan "Erti hidup pada memberi"? Ya, bagi saya inilah kegembiraan yang paling bermakna. Kita melihat orang bahagia dan gembira dengan sedikit perkongsian atau pertolongan dari kita, itulah yang memberi kemanisan kegembiraan. Tiada nilai. Nak bagi orang lain rasa pun tak boleh. Hanya individu itu sendiri yang boleh merasai manisnya.

Jadi kita cuba lebihkan memberi. Bukan hanya berbentuk sedekah. Tetapi juga dalam bentuk berkongsi produk yang kita guna supaya dia mendapat kesihatan yang lebih baik dan juga dengan berkongsi peluang untuk mereka mencari rezeki. Berkongsi ilmu dengan orang lain supaya sama-sama mahir dalam suatu ilmu juga memberi kegembiraan. Tak hairanlah seorang guru akan gembira bila lihat anak muridnya mahir dalam subjek yang diajarnya.


Oh ya! Hari ini keputusan semester sudah keluar. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Saya bersyukur tetapi itu tak bermakna saya tak akan berusaha dengan lebih gigih. Ya. Saya belajar kerana Allah. Saya pohon keberkatannya. Keputusan saya adalah pemberian saya pada ibu bapa saya (walaupun saya tak tahu mereka gembira ke tak dengan keputusan saya). Itulah yang mendorong saya untuk belajar lebih bersungguh-sungguh. 

Dan saya percaya kegembiraan dengan erti memberi, yang akhirat kita dapat, dunia pun dapat. InsyaAllah!


2 comments:

Jαnnαhツ said...

wah, tahniah dapat result with flying colors....

Nadhirah Ahmad said...

Jannah: Thank you dear..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...