Friday, December 23, 2011

Kasih Seorang Ibu

1:28 am. Bunyi moo moo. Kata mum, ibu dan anak lembu sedang mencari satu sama lain. Kuat gila suara dua beranak ini. Aku pula tiba-tiba buat mistik konon rasa seram sejuk. Yelah, mana taknya. Pukul 1:28 am pagi kot.

Mum terus mengulas. Tu baru anak lembu yg hilang. Maknya dah sibuk mencari. Apatah lagi kalau manusia yang hilang. Mesti mak lagi risau mencari anak yang hilang itu.

Tersentap. Kasihnya seorang ibu pada anaknya. Walaupun sakit nak lahirkan anak, tapi tak serik. Even myself, although I clearly know the pain, but the love and excitement to be a mother in the future is there. Bab rasa sakit tu, konon-konon pejam mata buat-buat tak nampak. Nak nervous part sakit tu, lain kalilah fikir.

Secara tak langsung, tercampak sedikit motivasi untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk peperiksaan akhir semester 7. Sekadar untuk membuat dia gembira. Jauh sekali dapat manyamai jasanya.

- Posted using BlogPress from my iPad

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...