Friday, October 7, 2011

Marah2 vs Perempuan


Perempuan biasa suka marah2. Marah2 ni berbeza dengan marah. Marah ni disebabkan benda serius dan mangsa adalah pelaku perkara yang buat anda rasa geram tu. Marah2 pula berkaitan benda kecil dan biasanya mangsa marah2 adalah orang tak berkaitan. Berbelit je bunyi explanation aku. Layan...

Semalam, terjumpa angpau raya berisi RM20 semasa kemas bilik. Tengok angpau, baru teringat duit raya tahun ni. Mana sih? Cari-cari habis situ sini di setiap penjuru bilik, tapi tak ada! Ingat-ingat balik, hari tu ada atas katil, lepas tu time tidur letak kat tepi katil. Hari tu pula ada buang banyak kertas tepi katil. Dah terdetik nak cek sebelum buang, tapi rasa macam tak perlu lah. Kertas je kot semua. Memang 60% kemungkinan duit tu terbuang. Beratus kot duit aku terbang!

Tak ada rezeki. Dah sejam mencari, mula give up. Nak tanya Momy takut kena marah sebab letak duit merata. Tapi masa nak cari duit raya, jumpa angpau lain berisi RM10. Alahai. Angpau yang hilang RM 300.

Disebabkan tak boleh bagi tahu Momy, saya pun call kawan baik saya. Minta idea nak cari kat mana lagi, sambil marah2 sebab tak jumpa. Kesian, biasa mak bapak jadi mangsa marah2 saya, tapi kali ini kawan baik saya pula. Dia cakap cuba cek kat rak ke apa. Aku pula habis confident kata yang instinct aku ni merasakan 60% angpau tu memang dah terbuang (tak berani cakap 100%) . Memang tak ada rezeki. Ok, letak telefon jap. Tak sampai 5 minit ops.. Terjumpa.. Aih.. Instinct tak boleh pakai betul!


Mungkin tak semua perempuan suka marah2, tapi ramai perempuan yang aku kenal suka marah2. Kalau printer rosak, marah2 tanya kenapa ni tak boleh print ni. Tup tup, diam dah. Rupanya printer dah elok. Dady memang dah biasa dengar perempuan dalam rumah ni marah2 sebab benda kecil je. Bukan marah sebab orang tu salah, sebab yang kena marah2 tu kadang2 orang yang tak berkaitan pun. Agaknya itu cara melepaskan tekanan.

Tapi, yang aku perasan ialah, marah2 tu hanya dilakukan kepada orang yang istimewa sahaja. Jika anda mangsa marah2 perempuan, maknanya, anda istimewa bagi perempuan itu. Mungkin sebab tu Dady tak pernah merungut kalau aku atau Momy bising. Sebab dia tahu tu maknanya dia istimewa buat kami :-)


2 comments:

Shafiq said...

Owh... Patutlah.. :-)

Nadhirah Ahmad said...

Shafiq: patutlah ape (smbil agkt2 kening)

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...