Friday, October 28, 2011

After Being Silent...



Lama tak update. Ada banyak topik dalam fikiran, tapi untuk menaip tu rasa macam baik aku taip assignment. Kali ini, saya akan menaip apa sahaja yang dalam fikiran.

Post sebelum ni, saya post tentang kasut kan. Yup! Saya dah beli pun. Kepuasan lah bila beli pakai duit sendiri dan ini pertama kali saya guna duit sendiri untuk membeli kasut. Bila balik, testing senyap-senyap dalam bilik. Bila nak ke Shah Alam baru Mum perasan anak dia pakai kasut baru. Cuak jugak takut Mum marah. Tapi dia ok je. Ceh! Letih je aku cuak sorang2 dalam bilik.


Dulu aku rasa macam malas nak dapat income sendiri. Sebab Mom Dad ada anak sorang je. Jadi tugasnya menyara aku je lah kan. Jadi aku berpendapat, kalau aku tak guna duit diaorang, jadi macam membazir je cari duit penat2 (pandai je buat hukum). Memang aku ada income Avail sendiri, tapi malas nak keluarkan untuk guna. Dan bila aku cuba guna duit income Avail sendiri untuk membeli benda yang kita nak, fuh! Extra satisfaction. Tak menyesal langsung!

Baru ni saya beli cover IPad. Serius mahal barang-barang IPad. Casing pun seratus lebih. Cover skrin pun 30 lebih. Aish.. Dahlah IPad tu sendiri memang dah mahal. Macam kereta pula rasa. Lagi mahal kereta, lagi mahal maintenance.

Beberapa minggu ni ulang alik Selangor dan Terengganu. Setiap weekend pergi Selangor kerana komitmen keluarga dalam bisnes Avail. Dan ambil peluang untuk makan Tutti Frutti hari-hari sampai terbatuk-batuk.

Dengar dalam Al-Kuliyyah tadi. Ramai duk ikthiar nak 'pagar' rumah tak nak ada gangguan syaitan. Sibuk cari ustaz situ sini. Hakikatnya, diri sendiri dulu kena ada pendinding. Tak guna kelilang dinding rumah letak ayat Quran tapi dalam rumah tak pernah dengar alunan penghuni membaca ayat Al-Quran. Ayat Quran tak berfungsi bila digantung. Ia untuk dibaca. Jadi sama-sama kita membaca Al-Quran setiap hari.

Pernah tak anda rasa terpengaruh dengan sekeliling. Tengok dating, aih.. Nak dating juga. Tunggu kahwin lah. Dad tanya, bersedia dah ke? Dalam hati menjawab, "kalau bersedia, nak bagi ke?". Ramai yang menjadikan dating sebagai suatu benda wajib dalam percintaan. But, love is not about that. If you feel that way, you still have to figure out the definition of true love!

5 comments:

Apple vs Dell said...

haaa..makan lg tuti fruti bnyk2.kan dah batuk.sampai skrg suara serak lg =)

Nadhirah Ahmad said...

Apple s Dell: Takpe.. sekrg cuti bbrpa mnggu shgga mkn tutti lg. haaaaa....

eencyweency said...

hahaha..Dad tanya, bersedia dah ke? Dalam hati menjawab, "kalau bersedia, nak bagi ke?". <---bakpe dlm ati je, x suarakan??nk gop tau jawapan ye..haha

Nadhirah Ahmad said...

Wawa: dop tubbik

E Izabelle Bijoux-Yee said...

saya ada kenal sorang kawan nie..dia suka ngat wat "pagar"..siap wat "grill" lagi...

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...