Thursday, September 22, 2011

Rumah Terbuka 1432H


Belum terlambat rasanya nak post ni walaupun sebenarnya terlambat. Kalau gulai nangka cili api, memang dah lama basi. Tak kisahlah, asalkan Syawal belum habis.

Alhamdulillah, rumah terbuka Syawal untuk rumah saya adalah hari raya ke-3. Tahun lepas raya ke-4, sebab Dady nak pergi re-union. Tahun ni, balik kepada jadual zaman silam. Maintain raya ke-3 dan insyaAllah tahun yang akan datang begitulah.

Sepatutnya orang mula datang dalam pukul 11 pagi. Tapi 9.30 pagi dah ada bagi salam. Mau kelam kabut jadinya. Yelah, makanan baru sampai rumah. Jadi banyak benda belum hidang. Yang datang awal, terpaksa jadi ringan tulang tolong-tolong angkat makanan skit. Btw, thank you!


Hidangan utama: Nasi minyak dan nasi dagang. Ketupat dan kuih-muih ada macam biasa. Starting from 9.30, we had more and more guests coming. Non stop until 4pm. Then after asar, more and more till maghrib. Then after maghrib, 2 families came till 9 pm. A total of 400+ guests. With only 3 people; Mom, Dad and Me to handle all the things. It means fuhh.. Tired out!

I only invited a few of my friends. Bukan apa, bila dia orang datang saya memang tak sempat nak layan macam diaorang pergi beraya di rumah orang lain. Di rumah aku, aku boleh bercakap je. Nak bersembang tak sempat. Sebab aku nak tambah makanan, air, pinggan, gelas, nak bagi duit raya, nak ikat sampah bila tong penuh, nak potong kek lagi. A huge work scope! Jadi harap janganlah fikir aku ni sombong tak layan orang datang rumah. Aku bukan tak nak layan, tapi tak terlayan. Jangan serik datang rumah aku ye!

Penat tapi seronok jumpa ramai orang. Ada juga waktu tersangat kelam-kabut sampai budak lepas SPM, aku boleh tersilap bagi RM2. Adik, maafkan akak ye. Dan kepada adik-adik lelaki yang sekolah menengah. Jangan tinggi sangat. Akak ingat adik budak universiti. Jadi tak dapat duit raya. Hu3

Bila buat rumah terbuka macam ni, terasa sangat nak adik-beradik ramai. But, what to do? Btw, I thank everybody that came to our house. Oh ye, bagi yang tak datang sebab kata asyik nampak ramai orang je di rumah aku tu, sila datang je. Jangan tunggu tak ada orang sebab takut tak datang-datang nanti.

No pictures. Hari tu macam rasa tak perlu ambil gambar. Sekarang baru nak rasa asal la langsung tak ada gambar walau sekeping. Huhu. Oh ye. Sibuk-sibuk melayan tetamu masa rumah terbuka, sales tetap jalan :-)

2 comments:

Mohammad Lokman Hakim said...

insyaAllah tak lama lg tambah sorg tenaga tambahan.

Nadhirah Ahmad said...

Lokman: insyaallah. Amien.. Nk sgt dpt adik baru..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...