Wednesday, September 21, 2011

How Multi-tasking Help Students?

Orang selalu cakap buat apa-apa kena fokus betul-betul. Tapi aku percaya pada multi-tasking. Asalkan task-task tu berbeza, jadi tak ada masalah nak proceed. Contoh, belajar dan bisnes Avail. Sedikit sebanyak bisnes Avail membantu pembelajaran aku dari segi komunikasi, keyakinan, assignments dll.

Biasanya, menjadi suatu phobia untuk pelajar nak buat presentation. Zaman sekolah, tiba-tiba cikgu suruh buat forum, alhamdulillah boleh handle sebab masuk pertandingan public speaking dan debate. *sebenarnya cikgu dah bagitahu tapi aku tak peka. Haha*. Bila masuk zaman universiti, makin kurang bercakap di depan; kurang presentation. Setakat satu presentation untuk setiap subjek.

Jika kurang practice, maka kebolehan tu makin kurang. Macam kefasihan aku bercakap bahasa Inggeris. Dulu habis semua kawan Melayu, kita orang guna English sebagai bahasa utama. Bahasa Melayu digunakan bersama mak bapak je. Tapi sekarang, tergagap-gagap nak susun ayat. Hanya kerana= kurang practice. Aish!

Do you see my point on importance of practice? Satu lagi, ingat tak masa kecik dulu, sebut papa berterabur je. Tapi, hari hari duk sembur air liur nak bercakap, jadi lama-lama kita pun pandai la bercakap. Umur 2 tahun, cool je sebut perkataan manifesto *seriously not me*


Berbalik kepada multi-task tadi, ada orang kata pelajar kena fokus belajar. Tanpa mereka sedar yang pelajar yang multi-task boleh jadi lebih cemerlang. Tapi aku ni belum cukup cemerlang lagi lah. Cuma, pelajar multi-task boleh lebih cemerlang dari pelajar yang 'fokus'. Rasullah dulu multi-task juga- jadi pendakwah+pemimpin pada masa yang sama= cemerlang.

Tadi, kami pelajar Bachelor of English (BEN 7) ada presentation Latihan Industri (LI) tadi. Dengan latihan presentation di Avail, membuatkan present di kelas tu rasa macam ciput je. Bukan nak berlagak atau apa. Tapi, kalau boleh bercakap depan 100 orang, logiknya setakat 30 orang tu rasa macam senang lah kan. Cuma aku taklah rasa ciput. Cuma kuranglah kadar nervous itu.

Alhamdulillah tadi selesai presentation LI. Secara keselurannya, lancar. Syukur dipermudahkan. Pentingnya kita praktik bercakap di depan khalayak ramai supaya kita biasa dengan suasana itu. Dan saya memang kagum pada leaders yang boleh bagi talk dengan relaks. Nak sangat-sangat jadi macam tu. Dengan Avail, peluang untuk baiki dan praktis public speaking sangatlah banyak dan meluas. Rugi kalau tak ambil.

Multi-tasking also contributes to time-management skill. Dan time-management sangatlah penting dalam apa jua perkara kita buat. Islam pun tak suka kita buang masa. Coincindently, we are improving to be better muslims!

And believe it or not, multi-tasking decrease aging process. Most favourite part. Woha!

Avail is not just about business. It is a hub to share knowledge and help others to gain better health, better income and also better interpersonal skills!


Multi-task (pelajar+ibu)



0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...