Saturday, August 27, 2011

Tautan Hati Ramadhan


Alhamdulillah dapat juga kita semua bertemu bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. Terasa begitu manis Ramadhan kali ini, hingga terasa berat dan sayu untuk meninggalkannya. Dulu, zaman kanak-kanak bersemangat nak raya.

Antara kenangan raya dan puasa zaman ribena (Sila tick):
- 10 min sebelum berbuka, dah susun lauk penuh dalam pinggan (konon perut besar).
- Kena marah sebab main lilin sampai kena baju.
- Jari ada gelembung putih sebab kena bunga api (tapi tak berani ngadu).
- Pergi beraya, jerit "nak raya!", makan kacang saje, dapat duit 50 sen sorang satu, dan terus blah.
- Cari tin milo/ fernleaf kosong kat dapur, lepas tu tebuk guna paku, letak dawai untuk dijadikan tanglung (yg ni sah tak ada sekarang)

Yang ni tanglung guna tin agak moden skit

Sekarang, usia semakin dewasa persiapan raya hanya sekadar yang perlu. Begitu indah percaturan Ilahi. Dimudahkan urusan menamatkan practikal untuk memberi lebih masa untuk Ramadhan kali ini.


17 Ramadhan baru ini (Hari Nuzul Quran), Avail AEG Group Terengganu mengadakan program kebajikan. Beberapa buah rumah diberi bantuan. Bila kita tengok orang yang kurang dari kita, memang mudah untuk kita bersyukur. Bayangkan, umur 21 dah perlu kerja, jaga 3 orang adik kerana ibu bapa sudah tiada. Abang hanya balik hujung minggu kerana bekerja untuk menanggung kos hidup dan persekolahan adik-adik. Begitu besar tanggungjawab yang perlu digalas. (kalau aku, mesti nangis setiap malam dah). Benar, Allah memberi ujian kepada hambanya mengikut kemampuan masing2.

20 Ramadhan, program Roadshow bersama SCM Azman Bidin. Alhamdulillah kehadiran memuaskan. Tiada alasan, bulan Ramadhan nak berhibernasi. Zaman Rasulullah dulu, bulan Ramadhan siap boleh berperang! Sila rasa malu pada diri sendiri.

Kenangan Ramadhan kali ini sangat bermakna bila dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan menunaikan ibadah dengan niat dan tujuan yang satu-Allah. Mungkin kerana Ramadhan tahun depan, belum tentu kita dapat bertemu dan berkumpul sebegini disebabkan komitmen dan tanggungjawab masing-masing. Memoir-memoir inilah yang akan tersemat di hati, memberi erti kemanisan ukhuwah kerana Allah.

Medium tautan hati kami kali ini

Murah rezeki bulan Ramadhan, dapat Ipad dan MacBook. Tapi buta barangan apple, esp Macbook. Nak caj pun kena buka manual (seriously). Orang lain rasa cool dan bila dapat Apple, tapi aku rasa stress. Pendek kata, Acer comes first. Lagipun, Apple tu bukan saya punya. Huhu.

Ramai yang berubah (lebih positif) bila tiba bulan Ramadhan. Lengan pendek jadi lengan panjang. Skirt jadi baju kurung. Free hair jadi bertudung. Tak solat jadi solat. Dan bermacam-macam lagi skills masing2.

Berubah itu senang, tetapi untuk mengekalkannya itulah yang mencabar. Semoga apa yang kita amal pada Ramadhan kali ini kita kekalkan kerana kita bukan hamba Ramadhan, tetapi hamba Allah!


4 comments:

Mohammad Lokman Hakim said...

alhamdulillah, kerana itu ramadhan dipanggil bln berkah.rezeki lapang.penjual untung bnyk, anak yatim dpt mkn sdp2 tiap hari,selalu setahun bru khatam Quran, ni sebulan pun dah mampu.macam2 lg..

smoga amalan kita tidak bkurang stlh ramadhan ^_^

Nadhirah Ahmad said...

Lokman: amien..

izan said...

alhamdulillah, alhamdulillah..
syukur dengan apa yg dah jadi ramadhan kali ni..

will be miss it, insyaAllah - Ramadhan 1432H

Nadhirah Ahmad said...

Izan:smga kita dpt mmburu rmdhn yg lbih baik pd thn hdpn. Amien

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...