Thursday, August 18, 2011

Kahwin Muda


Wah.. Laju je klik. Tapi awal2 nak bagitahu yang ni bukan post nak jemput datang ke majlis perkahwinan lagi.

Kahwin muda sangat popular sekarang. Walaupun muda tu subjektif, tapi yang saya maksudkan di sini adalah 25 ke bawah. Rasa terpanggil je nak tulis tentang ni. Maklumlah, blog yang saya ikuti dah ramai tukar status. Tak kurang pula kawan-kawan rapat yang dah mula sibuk uruskan borang perkahwinan.

Tipu kalau tak jeles. Nama pun manusia, dan perkahwinan itu sebahagian dari fitrah. Macam fitrah semua baby minum susu. Perkahwinan adalah permulaan kita nak move on ke arah kehidupan yang lebih mencabar dan juga lebih best!

Mencabar? Ya. Bila kahwin kena belajar adapt dengan keluarga baru, misi hidup pula lagi update. Nak jadi isteri mithali, seterusnya ibu mithali. Peranan dan tanggungjawab yang digalas memerlukan kesabaran dan pemikiran lebih matang. Nak minta duit dengan mak ayah pun rasa tebal muka dah kalau dah status bini atau ibu orang. Nak mengamuk sebab tak dapat peha ayam pun kena fikir dua kali.

Tapi yang best ialah, dapat teman susah senang. Nak gelak terbahak-bahak sama-sama boleh, bila stress exam pun ada orang nak tolong layan kita nangis kat bahu dia (exam je pun). Mungkin disebabkan aku tak pernah ada adik beradik, jadi membuatkan aku rasa aku dah sampai masa nak ada companion (ye ke). Orang boleh cakap, "kecoh minah ni. Mak bapak kan ada". Alah, tu semua ayat penyedap hati anda je. Kan? Kan?

Tips-tips nak Kahwin Muda (ambil dr artikel):

- Anda perlulah memiliki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.

- Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.

- Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.

- Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.

- Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Nak side income, boleh contact saya untuk dikongsi peluang.

- Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.

- Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.

- Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.

- Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.


"Dan nikahkanlah orang2 yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang2 yang layak (menikah) dari hamba2 sahaya mu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan pada mereka dengan kurnianNya" -An Nur: 32.

Ayat kedua tu memang menarik untuk student seperti aku. Haha! Tapi student sekarang ramai dah ada income, tak mengharap pada biasiswa atau 'PTPTIPU'.

Tapi kalau tak dapat lagi nak tukar status, "Dan orang2 yg tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya sampai Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaanNya" -An Nur: 33.


8 comments:

eencyweency said...

the biggest mistake org kalo pk psl kawen is pk kahwin ni seronok ade kwn bla2..but the truth is, the more kte nk kawen, the more kte kene independant n pandai jage diri..

cth:kalo kat rmh mak buat sahur..kalo kawen kte yg kene bgn awl buatkan sahur T_T

cth utk laki plk..kalo x kawen duit bpk bg..kalo kawen kene carik duit sendiri..

yg pentingnye, org sll lupe ble nk kahwen senanye kene lebih matang n berdikari..mcm la mak ayah kite :))) *same je mcm mu ckp benonye tp nk komen pjg2 gop haha*

aku :) said...

ak doakan urusan mu dipermudahkan.. ameen..

Nadhirah Ahmad said...

wawa: ha... betul2. tapi ak rase kalau khwin bende hop tak bes, rse xcukup duit, malu nak minta. nak masak pape pun, kene fikir bajet dapur. unless, mu nak cari Dato H. haha.

bnde hop bes, nk g jalan, leh laki teman.

Nadhirah Ahmad said...

aku: amien. terima kasih

Shafiq said...

Bagus tips2 nie.. :-) Maknanya banyak lagi saya kena baiki diri sebelum boleh kahwin. Banyak tanggungjawab dan kematangan yang diperlukan. :-)

Nadhirah Ahmad said...

shafiq: tips tu sy ambil dr artikel juga. kematangan boleh dibina seiring dengan masa

Mohammad Lokman Hakim said...

companion...kadang kala ada sesetengah prkara y kita ssh atau tak nak kongsi ngn parent.sbb tu kita perlukan kawan/husband.

dalam waktu y ada ni, persiapkan diri mental n fizikal u menempuh alam perkahwinan agar nanti hidup dipenuhi dgn gelak tawa dan kurang tangisan.dan apa2 pun keputusan parent kita dahulukan,baru berkat ^_^

Nadhirah Ahmad said...

Lokman: insyaallah. Mmbaiki diri smntra mnggu wktu. Demi mmbdina klrga skinah wa rahmah

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...