Monday, August 1, 2011

Aku Terkena Sumpahan


Mungkin Si Tenggang terkena sumpahan ibunya sampai dia jadi batu. Mahsuri pula membuat sumpahan sebab di fitnah. Aku pula terkena sumpahan yang tersendiri.

Tahun lepas lagi terasa nak beli handbag, tapi fikir 30 kali. Sejak IPad 2 keluar, rasa nak beli tapi macam biasa fikir 30 kali. Tadi pergi bazar, nak beli mertabak, fikir 4 kali. Rasa macam penat nye sebab banyak kali fikir; Keperluan atau kehendak? Relevan atau tidak? Membazir atau tidak?

This is totally not ME.

Sekarang tengah mengidam IPad 2. Hari tu fikir masak-masak, rasa macam tak relevan dibeli sebab tak reti guna dan malas nak explore manual (waktu rajin tengok manual dh berlalu). Tapi bila tengok orang lain guna, macam best. Serius kalau dah kahwin, memang dah beli IPad 2 sebab boleh minta suami tolong ajar kalau tak pandai guna. A safe way to avoid manual.

Hairan sebab kalau masuk theme park, bayar RM50 aku tak kisah. Tapi barang RM30, fikir berbulan-bulan. Apa kes? But, in a positive way, I look as if I'm not materialistic. Am I? And is it normal to have this kind of thinking habit?

Oh ye, terkena sumpahan atau tidak, saya tak kisah sebab jika anda seorang Muslim, anda patut (wajib) puasa. Oleh itu, Selamat Berpuasa. Belanja kawan makanan, semoga kita dapat pahala puasa dia tanpa pahala dia terkurang sedikit pun. Dia pula belanja kita sebab sama-sama nak pahala. Ala-ala barter, untung dua-dua belah pihak!





2 comments:

Mohammad Lokman Hakim said...

tak pe, kawin nnti baru beli.nanti ntah keluar ipad4, ipad 5.lg best.biar husband ajar+setelkan ipad tu.nadhirah tinggal main je.tak gtu.hehe...

Nadhirah Ahmad said...

Lokman: love ure idea, bro!

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...