Friday, July 1, 2011

Juara Imam Muda 2


Tahniah kepada Imam Muda Hassan.


Dua-dua imam hebat. Mempunyai karakter dan kelebihan masing-masing walaupun masih muda. Bertuah ibu bapa imam-imam muda ini. Saya lihat banyak improvement untuk Imam Muda 2 seperti peserta yang terkeluar masih meneruskan pengajian bersama imam-imam muda yang lain. Jadi, setiap peserta dapatlah ilmu pengetahuan kerana nanti mereka masing-masing akan jadi ikon Imam Muda.

Hadiah juga tak kurang hebatnya, setanding dengan program realiti tv lain!

Juara Imam Muda 2 akan memenangi hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000 + RM 25,000 (ditaja Bank Islam), pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Naib juara pula akan mendapat biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Semoga Dapat Menggalas Tanggungjawab Dengan Baik





2 comments:

Mohammad Lokman Hakim said...

alhamdulillah..suke la tu imam muda peberet ye menang.hehe..

Nadhirah Ahmad said...

lagi suke jika IM lokman mnang!

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...