Tuesday, June 14, 2011

Riba yang Berleluasa


Si Dia: Assalamualaikum. Boleh pinjam 300. Nanti I bayar 600.
Aku: Owh. Nanti saya transfer. Bayar pun RM 300 lah.
Si Dia: Eh. Tak. RM 300 ribu
Aku: ?? (rupiah boleh lah)

Insiden yang dialami petang tadi. Jelas sekarang riba sangat meluas dan terang-terangan. Tak segan silu nak menawarkan riba. Pinjam RM 300 maka RM 300 lah perlu dibayar. Kecuali Si Dia memang nak hadiahkan aku extra money sebab aku tolong dia. Namun, syarat nya aku tak tahu yang dia nak bagi extra money tu. Kalau perjanjian bagi RM300, dan dibayar RM600. Maka itu bertentangan dengan syarak. Bukan apa, Islam nak elak dari menganiyakan orang atau dianiyai orang.

Aku rasa Si Dia ni main skim cepat kaya (slh satu btk money laundering). Bersepah benda ni sekarang. Lepas tu bila dah terkena/ tertipu nak salahkan orang. Padahal salah diri sendiri nak kaya cepat, nak kaya tanpa usaha. Tulah, aku cakap jual produk AVAIL, buat bisnes AVAIL kau kata malas. Rata-rata Melayu lah yang mudah terpedaya dengan skim cepat kaya. Maka, sebelum anda kutuk orang berguni-guni, silalah rujuk pada yang pakar dan fikir logik skit bila orang tawarkan skim yang bertopengkan bisnes.


Wahai si Dia, kau ingat aku cop duit ke? Minta RM 300 000 macam baby minta susu. Aish.... Dan aku bukan ceti seperti along. Nanti ada yang tak nak datang rumah aku masa raya sebab tak nak makan nasi beriyani hasil dari duit haram.

p/s: Si Dia itu bukan 'Si Dia'.

6 comments:

Shafiq said...

Betul tu.. Banyak sangat urusan yang berkaitan dengan duit ni agak meragukan, berbau riba..

Nadhirah Ahmad said...

dh common sampai org rase bnde tu tak salah

Mohammad Lokman Hakim said...

300k? banyak tuuuuu.....

eh sempat lagi tu tulis si dia bukan 'si dia'...hehe...

Mohammad Lokman Hakim said...

300k? banyak tuuuuu.....

eh sempat lagi tu tulis si dia bukan 'si dia'...hehe...

Nadhirah Ahmad said...

hehe. mmg la kna tulis. sbb 'si dia' baik je.. heee

kay_are said...

em.. masalahnye orang ramai dah tau bende2 macam skim cepat kaye tu tipu tapi masih nak ditipu.. tu pelik tu..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...