Sunday, June 19, 2011

Beza Halal dan Pork-Free



Pertama kali jumpa kedai makan yang berlabel pork-free adalah di Empire di Subang. Kedai apa saya tak pasti. Tapi bila berada di Empire, kurang rasa yang saya di Malaysia. Mungkin kerana ternampak label arak yang besar terpampang di pintu masuk salah sebuah kedai makan.

Pork-free? Apa maksudnya? Tafsiran kanak-kanak berumur 10 tahun- Areil ialah "beli makanan satu kat kedai tu, kedai tu akan bagi satu pork percuma". Okay, kalau umur 22 jawab macam tu, rasa macam loser dan malu. Tapi kalau Areil jawab, rasa lawak dan cute je jawapan tu. Kan?


Ramai yang menafsirkan pork-free adalah halal. Sebenarnya, tidak! Tiada daging babi di sesebuah kedai tak menandakan kedai itu halal kerana mungkin ayam dan daging lembu/ kambing di kedai itu tidak disembelih secara syarak. Hanya sekadar tidak menjual daging babi.

Oleh itu, sama-sama kita menjadi lebih teliti dalam hal memilih makanan untuk dijadikan darah daging kita. Dan percaya atau tidak, banyak juga kedai makan di Malaysia berstatuskan pork-free.

p/s: Produk Avail semua halal sebab berasaskan tumbuh-tumbuhan :-)


9 comments:

SumaiyyahAbidah said...

True.

Baru2 ni (ok mungkin tak baru sangat) ada isu pasal soya perasa pork, chicken etc. Ada kawan saya tanya, kalau soya perasa pork tetapi sebenarnya tak ada pork lansung boleh makan tak? Apa yang saya belajar kalau sesuatu makanan yang asalnya halal dinamakan dengan benda haram, hukumnya haram.

Susah hati bila fikir benda2 macam ni boleh mengelirukan orang Islam.

Good entry :)

GreenLava said...

Heran gak kenapa "Pork-free" boleh disamakan dengan halal.

Shafiq said...

owh..maklumat baru nie... :-)

Nadhirah Ahmad said...

sumaiyah: thank u for reading my entry.

saya tak pasti mengenai hukum tu. mngkin sumaiyah blh share hukum tu dgn lbih jelas. Tapi pernah di UK, makanan perisa chicken diletakkan suitable for vegetarian sebab katanya ia hanya perisa dan bukan the real thing.

satu lagi sekarang, ham dan bacon itu kdg2 daging ayam halal. cuma hirisan berbetuk ham dan cara digoreng berbentuk bacon. Namun, hairan mengapa perlu dinamakan/ dilabelkan begitu. Dari segi language, mungkin ia digunakan krn istilah itu diterima msykt.

greenlava: mungkin kerana krg pendedahan, jadi fikir bnda tu sama. bfikiran halal hnya trltak pd dging babi shj.

shafiq: tq 4 reading

Nazirah said...

xda penguatkuasaan tegas jd gini la..expose ada makanan yg diragui tidak halal..kaji, pastu diam..xpenah nak gtau public pa jenama brg2 tu..

SumaiyyahAbidah said...

Nanti saya find out dan share ya. Thank you for the feedback :)

Mohammad Lokman Hakim said...

kalau beli minyak masak buruh nanti dapat percuma se paket kolestrol.sebab kat botol minyak tu ade tulis "cholesterol free"..hehe..

Nadhirah Ahmad said...

nazirah: tau xpe. ckp sebuah syrkt roti. lps tu xbgtahu syrkt mane.. xkn nak band semua roti..

lokman: yg ni xcute. sbb jwpn umur 22thn. ha2

kay_are said...

besenye bile ade tanda macam tu, mermang tak masuk dah kedai nye.. sebab.. kite tahu ape ade dalam dapur tu kan.. so baik elakkan..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...