Wednesday, June 22, 2011

Barakah itu 5+5= 100



Barakah-suatu elemen penting dalam hidup kita. Tak nampak secara zahir, tapi kita dapat rasa. Dengan barakah, hidup ni tak seperti matematik. 5+5 tak semestinya 10.

Mendapat sesuatu yang dihiasi dengan barakah adalah suatu nikmat yang besar tapi kadang kala, ujian tu lebih sedikit. Adil lah kan, nak dapat hadiah jackpot seperti keluarga bahagia yang dipimpin oleh suami beriman, kenalah usaha betulkan diri sendiri dan jadi baik-baik dulu.

Pokoknya, lihat jangka panjang!

Dalam AVAIL. Bila orang yang masih berstatus ahli aktif menghubungi kita melalui majalah, kita bantulah dia sepertimana kita nak orang lain bantu rangkaian kita. Bila dia nak beli produk ambil pakej 2+1 ke, pakej VIP pun, kita tak da gatal2 nak suruh dia daftar guna nama ahli baru ke apa. Walaupun nampak kita rugi, tapi jangan nak violate etika bisnes. Sebab mungkin nampak rugi beberapa ratus, tapi insyaAllah jika kita buat bisnes dengan cara betul, ada lah rezeki kita nanti. Manalah tahu, nanti dapat ahli yang boleh menjadi seorang leader!

Dalam pelajaran, bila kita rajin baca buku, jangan kedekut nak berkongsi. Mungkin nampak rugi sebab nanti dia tahu apa yang aku tahu. Macammana aku nak skor? Macammana nak dapat best student kalau benda yang aku tahu pun dia tahu? Logiknya begitu. Tapi, hidup tak memerlukan logik kerana barakah buat anda maintain top scorer walaupun ilmu yang kita tahu, dikongsi dengan semua orang.

Barakah juga buat hidup kita ni magic. Tak perlu tunggu dapat wand yang ada bulu phoenix seperti Harry Potter. Tapi cukup dengan barakah Ilahi.

Pengalaman sendiri yang saya nak kongsi. Masa study week baru ni, bagi BEN 6 memang lah anda memahami betapa tough semester 6. Study week tak cukup. Dan ada satu hari tu, aku kena teman Mumy keluar pergi bank, dan hantar produk. Mula-mula rasa macam down sebab banyak lagi tak habis baca. Secara logik, kalau aku keluar 3 jam, aku takkan habis tajuk-tajuk yang aku nak baca ni. Baiki niat betul-betul kerana setiap amal itu bergantung pada niatnya. Walaupun balik petang, magic nya ialah, aku dapat habiskan lebih banyak tajuk berbanding hari aku memang berada di rumah. Subhanallah!

Dan Sultan Sulaiman membuat syarat bahawa setiap pekerja yang membina Masjid Sulaiman, Turkey mestilah berada dalam keadaan berwudhuk. Dan jika melanggar syarat ini, akan dipecat. Ini kerana Sultan ini amat mementingkan BARAKAH. Hasilnya, masjid ini luar biasa rasanya jika ditunaikan ibadah. Andai terpilih untuk merasainya...

Dapatkan barakah. Mulakannya dengan usaha. Usaha di jalan betul. Selebihnya biarlah Dia tentukan. Kerana usaha yang berlandaskan jalanNya akan membuahkan hasil. Bukan hasil yang sepertimana kita usaha. Tetapi, hasil itu akan pasti lebih dari kita jangkakan.

The power of barakah is Unbelievable!

Ya Allah, Kau limpahilah hidup kami dengan Barakah!

5 comments:

Shafika Syuhada Rosli said...

worth reading . <3

Nadhirah Ahmad said...

syafika: terima kasih krn sudi mmbca

Nazirah said...

A good piece of reminder..

Mohammad Lokman Hakim said...

mcm exam gak.biar kita bersusah payah berusaha untuk jawap exam asalkan buat sendiri.mmg kalau meniru senang, jawapan pun betul.tp berkah tu xde.

biar segalanya sederhana asalkan ia berkah.

kay_are said...

betul2.. kalau berniaga ngan ikhlas ngan jujur.. belajar pun ngan ikhlas dan jujur.. baru r leh dapat keberkatan.. =)

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...