Monday, May 2, 2011

Kad Apa Tak Diterima ATM?

Saya ada satu je kad ATM bank iaitu Public Bank sebab bonus bisnes akan masuk kat sini. Dulu buka BSN semata-mata untuk lengkapkan borang Matrikulasi sebab duit Matrikulasi sebanyak RM2000 akan dimasukkan pada BSN.

Sebelum masuk Matrik sempat mohon kad BSN sebab konon nanti kat Matrik senang nak ambil duit. Tetapi dulu di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) tak ada mesin ATM lagi. Sekarang baru ada. Sengsara kami nak ambil duit kena naik bas Rahmat Alam untuk ke Kuantan (tapi saya tak pernah naik pun).

Bila tau ATM tak ada di Matrik, maka saya tak ambil kad saya. Entah wujud ke tak lagi kad tu di bank tu. Ye lah kan. Watpe nak ambil kalau dah tau tak guna. Hehe. Tapi kesian juga kat bank sebab membazir je buat kad untuk saya.

Masa saya pergi Sabah baru ni, singgah 1 Borneo. Memang best shopping complex ni. Betul2 depan pagar Univ. Mujurlah UniSZA ada traffic light je depan pagar. Kalau tak hari ni layan Fish Manhattan, esok Secret Recipe, lusa Baskin Robbin. Berbalik kepada 1 Borneo tadi, ada kedai Guess. Berkenan satu handbag (cinta pandang pertama). Terasa nak beli kat Mum.

(bukan design yang ini. Dah lupa design mana hari tu. Cinta monyet!)

Sekali sekala nak jadi anak baik, belikan handbag. Tak cukup cash, kena ambil duit ATM. Ada kad ATM Public Bank. Dalam 1 Borneo ada ATM Maybank dan Bank Islam je. Jadi tak boleh lah ambil duit. Maka, teringin buka akaun Maybank pula sebab ATM Maybank bersepah-sepah.

Tapi, baru tahun ini, saya tahu kad ATM boleh cucuk duit di mana-mana ATM. Cuma kalau ATM tak sama jenis dengan kad, kos keluarkan duit adalah RM1. Kira berbaloi lah kalau terpaksa. Jadi tak payah lah saya buka akaun bank lain semata-mata nak kad ATM. Hurm, sebab lambat tahu, tak jadilah saya nak jadi anak yang sweet. Lain kali plak lah ye, Mumy!

Oh ye! teringat cerita dari seorang kawan. Ada perompak nak rompak mesin ATM. Sekali dengan mesin ATM diangkut. Tapi diaorang tinggal mesin tu di tengah jalan. Sebab? Tersilap ambil mesin cheque deposit. Aiseh. Dahla kena tangkap lepas tu. Duit pun tak dapat.



8 comments:

Nazirah said...

biar betul awk ni..xkan xtau kad atm blh je cucuk mn2..hehe

Nadhirah Ahmad said...

p/s: ye awk.. sy bru tahu tahun ni yg atm boleh dicucuk mana2. ^_^

Anonymous said...

baru tahu?pelik2..

Mohammad Lokman Hakim said...

takpe, next time nak byr swipe je kad atm tu.boleh jugak dan ia dikira debit card.tapi bagus jugak kalau ada maybank.nak keluar duit kat indon pun boleh.tapi caj usd3.heee...^_^

Nadhirah Ahmad said...

anonymous: yep.. bru tahu thn ni. sob3

lokman: maybank atm kad dh ada. akaun dad, tapi duit mum. pengeluar sy. mantap tak?

Mohammad Lokman Hakim said...

pengeluar awak? wah itu dikira mantap.kena sorok la kad maybank sy ni.haha....

Nadhirah Ahmad said...

lokman: Hehe.. yang transfer wat maybank2u pun bese sy. Hahaha

tau dah. kalau ye pamer kad tu, maknanya ada 30rm je lam akaun tu. haha.

Mohammad Lokman Hakim said...

ok la tu rm30.lepas ape nak topup.haaa

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...