Tuesday, April 26, 2011

Final: RahmatMu Ya Allah!

Hari ini merupakan hari yang sangat mendebarkan bagi kami, BEN 6. Soalan Integrated Marketing Communication bakal ditempuhi. 3 buku tebal dengan bilangan 700 muka surat dibelek hinggalah ke helaian terakhir.

Argh, kasut silap pilih. Kerusi rendah. Meja pada kerusi pun rosak. Hati tersentap. Adakah ini petanda kurang baik? Ya Allah, lindungilah aku..

Waktu peperiksaan bermula. Soalan pertama, tak faham. Soalan kedua, tak tahu jawapan. Hati tersentak lagi. Istighafar.. Soalan demi soalan cuba dijawab dan dihitamkan pada kertas jawapan. Diteruskan pula pada soalan esei.

30 minit lagi. Aku hampir siap menjawab soalan terakhir. Tetapi, hati terdetik untuk bertanya pada pensyarah. Ternyata jawapan aku untuk soalan terakhir tu salah! Hancur dan sedihnya hati aku. 30 markah mungkin hilang begitu sahaja. Air mata cuba dikawal. cuba mengawal perasaan, bimbang sekiranya aku mungkin menggangu orang lain. Tabahkan hatiku Ya Allah...

Nafas ditarik dan dihembus dengan perlahan. Jari memegang pen, mula bergerak tanpa henti. Alhamdulillah, hingga ke saat yang terakhir, aku mampu menjawab soalan itu. 3 muka surat disertai dengan jadual. Biasanya, untuk menulis 2 muka surat sahaja, aku sudah mengambil masa 30 minit!

Walaupun jawapan aku tidak semestinya betul, tetapi terasa begitu hebat rahmatMu. Tak mungkin aku boleh melakukan semua itu tanpa kudrat yang kau berikan. Air mata gugur. Ya, kali ini aku tewas dengan air mata. Tiada lagi daya. Sungguh besar rahmatnya dan tarbiyah yang diberikan pada hari ini...


"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan....." [40:60]




5 comments:

Shafiq said...

Alhamdulillah..:-)

Mohammad Lokman Hakim said...

segalanya yang berlaku didalam dunia adalah ketentuan dari Allah. kita telah berusaha sedaya upaya dan kepada Allah shj kita berserah. hanya Dia yang layak untuk tentukan hasilnya kelak.

allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri. (ar-ra'du 13:11)

ini bermakna kita kna berusaha untuk dapat yang terbaik dahulu barulah kita berserah.dan Allah itu maha Adil.

lepas bertawakal, insyaAllah nanti result akan keluar.kalau dapat yang diimpikan Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan. kalau tidak, mungkin ini adalah ujian yang Allah mahu test keimanan kita.yang penting kita redha dgn keputusan nanti. y penting usaha tu.

ingat kisah Thomas Edison.dia gagal 1000 kali sebelum berjaya mencipta mentol. Bill Gates dulu fail dlm paper subjek kerjaya dia sekarang.

yang penting skrg tawakal dan berdoa saja pada Allah moga result nanti spt yang dikehendaki.seperti kisah nabi Ibrahim sebelum dicampakkan oleh firaun ke dalam api.nabi Ibrahim berdoa kpd Allah supaya api tersebut sejuk dan alhamdulillah nabi Ibrahim selamat tanpa sebarang cedera.kuasa Allah itu tiada yang mustahil.

btw, gembira mendengar anda berjaya menjawap dengan jayanya. hebat kan kuasa Allah.hanya Dia yang memahami diri manusia.

selamat berjaya untuk next 2 paper.doa itu adalah senjata kita orang mukmin ^_^ (sori komen panjang2.hehe...)

Nadhirah Ahmad said...

Lokman: terima kasih komen. tak kisah panjang. lagi bagus sebab banyak input yang dikongsi.

Wahida said...

Nampak tadi Kak Nadhirah tnye soklan kt Mr. Azizi. Ktorang nyer soklan corp comm pn susah gler. Tp Alhamdulillah dapat jawab jugak. Terima kasih Allah :"D

Nadhirah Ahmad said...

wahida: ha. tulah. kiteorg dulu, corp com susah gile. buku plak xberapa menarik. sabar je lah.

semoga kita diberi kejayaan dunia akhirat

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...