Monday, April 11, 2011

Bila Diri Buat Silap...

Dalam hidup ni, kadang kala kita buat silap. Yang hairannya, bila dah buat baru rasa benda tu salah. Rasa macam nak ketuk kepala sendiri sebab tak fikir betul2. Orang yang kita buat silap tu mungkin sakit hatinya. Tapi yang lebih sengsara adalah pelaku tu sendiri. Diselubungi perasaan bersalah. Lebih2 lagi jika orang yang kita sakiti itu orang yang buat baik pada kita. Rasa macam alangkah kejam aku di dunia ini sekiranya orang bagi jam strawberi yang sedap, tapi kita bagi roti berkulat balik kat dia.

Yang hairan lagi, sesama manusia kita mudah nak rasa bersalah. Terfikir, adakah kita rasa bersalah pada Allah. Diberi kenikmatan hidup, tapi tanggungjawab yang diberikan kita buat betul2 tak? Mungkin sebab Allah tak bagi warning jadi kita lalai dan tak ambil kisah sangat tanggungjawab yang perlu buat. Atau pun warning dah ada tapi kita nak tunggu sesuatu yang dahsyat berlaku baru kita nak tersedar. Apa yang terjadi adalah tarbiyah untuk kita menjadi manusia yang lebih baik.

Hidup macam pena yang menulis pada kertas. Sekali silap, boleh guna liquid. Tetapi kesan tu masih ada kan? Tapi bila kita buat salah kat Allah, kesilapan tu boleh macam tulisan pensil kat kertas. Boleh padam dengan pemadam Exam Grade. Tak ada kesan! Kuasa taubat nasuha.


Suatu kisah, perempuan bekas pelacur yang kini rajin beribadah kerana dia telah bertaubat Taubat yang sebenar-benar taubat. Dia berkahwin dengan seorang pemuda yang juga rajin beribadah. Dari pernikahan itu. lahirnya anak2 yang semuanya Allah mengangkat sebagai nabi. Dari rahim perempuan itu, lahir manusia-manusia mulia yang dipilih Allah sebagai nabi.


2 comments:

MataHati @ MH said...

walau sebesar mana pun kesilapan yg kita lakukan, jgn takut utk mengakuinya dan kena berusaha utk perbetulkan kembali apa yg boleh

Mohammad Lokman Hakim said...

adat manusia buat kesalahan.jadikan ksilapan y kita lakukan sbg pengajaran semoga akan datang kita tak akan buat lagi....(^_^)

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...