Monday, March 21, 2011

Contest 5-5-5 oleh DeQdeq


Kesibukan menghalang saya meluangkan masa untuk membuat post bagi menyertai contest 555 oleh kak Deqdeq. Teringat buku 555 di koperasi dulu.


Lihat kucing-kucing comel ini. Sebenarnya kak Deqdeq buat gambar ini sebagai puzzle. Dengan jayanya, saya dapat menyelesaikan puzzle ini. Allah menciptakan kucing yang comel (C) dan kita manusia kena tolong jaga dan lindungi dia (PP).


Contest ini memerlukan kita mengulas mengenai CREATE-PROTECT-PRESERVE (CPP).

Dalam dunia ini, banyak kehidupan kita berdasarkan CPP seperti mengenai kewangan dan alam persekitaran, tubuh badan dll.

Dari segi alam persekitaran, CPP membantu menstabilkan bumi. Allah menciptakan bumi dilengkapi dengan flora dan fauna. Manusia pula ratakan bukit, tebang pokok untuk keuntungan tanpa peracangan. Sepatutnya, pemuliharaan kawasan dan penanaman pokok baru mestilah ada. Kalau tak, 2040 nanti cucu akan tanya saya, "Nek, pokok cengal tu macamana? Harimau tu ada 6 kaki macam semut ke?". Kesian cucu tak sempat kenal. Bumi yang tak stabil, mudahlah berlaku bencana. Seperti tsunami, gempa bumi. Bencana itu tak lain dan tak bukan terjadi dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Juga ingin mengingati manusia yang mudah terleka.

Tetapi yang mahu ditegaskan di sini ialah kewangan memandangkan contest in perlu penekanan terhadap CPP kewangan. Pernah kawan rapat tanya, "Nadhirah, kau pelajar lagi, tapi aku tengok kat tak ada masalah duit. Kau buat macammana?".

2) Jika kawan saya kakitangan kerajaan, saya boleh cakap yang dia memang akan ada simpanan yang akan makin meningkat selari dengan penambahan usianya. Itulah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Anda bekerja dengan kerajaan adalah cara anda menjana wang iaitu (C) dan sebahagian dari gaji akan dimasukkan ke dalam KWSP untuk masa depan anda (PP).

3) Jika kawan saya seorang yang sudah mempunyai simpanan, saya boleh cakap kenapa tak masuk jenis-jenis pelaburan yang ditawarkan di bank pada waktu tertentu. Bukan skim cepat kaya, bukan pelaburan internet, bukan forex. Tapi pelaburan yang diiktiraf di bank di Malaysia yang sistem pelaburan itu lulus dari segi syariah dan undang-undang kewangan. Yang penting, dapatkan nasihat dari orang yang berpengetahuan. Korek atau kerja part-time untuk dapatkan simpanan (C) dan laburkan sebahagian mana-mana pelaburan di bank untuk dapatkan lagi banyak wang (PP). Tapi kalau jumlah dilaburkan itu sedikit, pulangan tak banyak.

4) Jika kawan saya seorang anak, saya bagi tahu mak ayah kau kerja hari-hari untuk dapat duit (C). Suruh dia orang ambil takaful islamik insurans untuk pendidikan, untuk hospital dan sebagainya untuk kau. Sebab nanti kau nak sambung belajar tapi tak dapat biasiswa kau ada duit takaful. Bila kau dilanggar lalu masuk hospital, bil akan dibayar syarikat insurans. Inilah kepentingan takaful, iaitu melindungi keperluan dan hak anda (PP). Tapi sebenarnya, sudah ramai ibu-bapa yang mengetahui kepentingan takaful. Jadi tak perlu lagi suruh. Lahir hari ini, daftar Mykid esok, lusa dah ada takaful. Haha.

Jawapan-jawapan tadi sangat common. Jadi, jawapan yang paling saya gemar adalah yang ini. Sesuai untuk kawan yang bergelar pelajar, bekerja, bujang atau ber-anak empat. Sekarang kau ada banyak mana dalam poket kau? Okey, aku akan tunjuk cara untuk tambahkan duit yang kau ada.

1) Kalau ada RM1850? Kau jadi usahawan AVAIL. Dengan RM1850 kau ambil pakej AVAIL VIP. Di mana, kau akan dapat 10 barang dengan harga ahli, 5 barang dengan harga diskaun iaitu dibeli dengan harga RM55 sahaja, dan 1 barang PERCUMA. Dari duit, kau peroleh barang (C). Bila kau jual semua barang tu, kau tolak jumlah modal, maka jumlah untung kau lebih kurang RM1500. Kalau kau boleh habiskan dalam masa seminggu, kau dah dapat jana RM1500 seminggu. Duit modal tadi 1850. Jadi sekarang, jumlah duit kat tangan kau dah dalam RM3200++.

Tak ada duit sebanyak tu? Tak apa. Ada lagi pakej lain di mana modal serendah RM375 (untung runcit RM227) dan setinggi RM6450 (untung runcit RM7700). Untung runcit, ya! Tak termasuk bonus. AVAIL ini menawarkan produk kesihatan dan kegunaan harian. Yang penting produk-produk tu market luas dan sedia ada. Inilah cara terbaik untuk melindungi kewangan anda supaya anda tak akan alami masalah kewangan lagi. Sebab tu sy letak yang last ni nombor 1, tapi tulis paling akhir sebab dalam pertandingan biasanya juara dia akan bagi hadiah/umum paling last. bukan numbering error, ya!

Cara yang terakhir ini telah lahirkan ramai orang disekelilingku gembira. Gembira dapat tengok orang lain sihat dengan menggunakan produk AVAIL, dan dapat nikmati kebebasan kewangan.

(Training AVAIL di PD)

Contoh, seorang pensyarah (tiga dari kiri), part-time beliau bergiat dengan AVAIL secara serius selama 8 bulan. Mula dari Dec 2010, dia fokus selepas sertai training. Bulan lepas dapat RM 17000. Rasa macam nak nangis air mata macam air terjun seperti dalam kartun jepun.

Cikgu saya semasa saya menuntut di SMKA Tok Jiring (paling kiri), bergiat dalam AVAIL (part-time). Guru cemerlang dan dalam AVAIL juga cemerlang. Baru ni, baru buat keluar kereta Honda Accord baru. Dia cakap setakat gaji dia, tak mampu nak beli.

Ada juga yang dulu pakai motor, sekarang mampu bina tahfiz sendiri hasil pendapatan dari bisnes AVAIL. Not a small amount of money for that, you know. Sekali lagi, air mata keluar macam kartun jepun..... Sob3. Jadi, ambillah peluang untuk CPP kewangan anda melalui AVAIL. Hadith menyatakan 9/10 rezeki dari perniagaan. Ramai umat Islam percaya, tapi tak yakin dengan hadith ini.

Dan semestinya dalam bisnes, usaha lebih dapat lebih. Unlimitation of income. Income bulan depan oleh naik 20%, 30% atau 100% daripada income bulan ini. Tak seperti kerja kerajaan, kerja tekun, fokus habis tapi paling banyak kenaikan RM100 setahun.

Saya juga nak CPP dalam aspek lain. Kerana bulan Mac terdapat suatu tarikh iaitu 8 Mac. Hari Wanita. Oleh itu, saya ingin mengulas CPP dalam aspek kesihatan wanita (tanda menghargai wanita la katakan).

(belum terlambat rasanya untuk mengucapkan)

~CREATE~

Allah menciptakan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang mempunyai ciri-ciri masing-masing untuk membezakannya. Apakah yang paling berharga Allah berikan pada perempuan? Wajah, tangan, kaki, hati? Atau ini?

Kenapa organ ini saya katakan ciptaan Allah yang paling berharga bagi wanita? Organ ini jika rosak, tiada ganti. Tak buat transplan macam buah pinggang. Kalau orang bayar RM50 juta pun pada saya, memang saya tak layan. Kerana ia organ paling berharga. Jika rosak, nak mengandung tak boleh, haid pun tak datang, hormon tak stabil. Bila hormon tak stabil, proses penuaan pun akan cepat. Diri pun rasa kurang lengkap sebagai wanita. Mulalah rasa rendah diri pada suami (walaupun ada kala suami terima seadanya) dan juga makin takut jika suami cari lain.
~PROTECT~PRESERVE

Protect and preserve are more or less the same meaning. Disebabkan Allah telah menciptakan organ yang paling berharga tadi, maka cara mensyukurinya ialah menjaganya dengan baik. Jika tidak dijaga, maka terjadi:


Fibroid

Cyst

atau Fibroid yang besar sebegini yang menyebabkan hysterectomy (pembuangan rahim)

Rahim yang dibuang

"Bukan sahaja rahim dan pangkal rahim akan dibuang, tetapi juga melibatkan sebahagian saluran atas faraj, kalenjar-kalenjar disekelilingnya dan kilang telur juga akan dibuang" -Dr Hamid Arsyad, Pakar Sakit Puan.

Oleh itu, perlu diketahui antara risiko yang menyebabkan masalah-masalah ini tadi adalah:

1) Seks rambang
2) Seks di awal usia remaja

3) Pasangan yang berpenyakit kelamin
4) Virus HPV (menyebabkan kanser pangkal rahim)
4) Sistem imunisasi badan yang lemah


Untuk memelihara organ yang paling penting itu perlulah mengambil langkah-langkah ini:
1) Safe sex (jauhi zina).

Indahnya Islam mengharamkan zina. Dah jelas kemudaratan perbuatan itu pada kesihatan dan juga akan wujud masalah keturunan. Seperti cerita Marshanda (tv3 - 2pm) yang entah berapa episod masih tak tahu lagi siapa ayah dia.

2) Vaksinasi.

Vaksinasi HPV yang sekarang ini percuma untuk pelajar perempuan sekolah menengah sebanyak 3 kali suntikan/ dos.

3) Pap Smear 1 atau 2 tahun sekali bagi yang sudah berkahwin.

4) Tingkatkan imunisasi badan dengan pemakanan dan pemakaian yang sihat.

Pemakaian yang sihat? Ya. Tuala wanita yang tidak berkualiti akan merendahkan sistem imunisasi manusia. Tuala wanita tidak berkualiti yang dimaksudkan ialah yang mempunyai kuman dan bahan kimia yang merbahaya seperti Dioksin. Dioksin ialah bahan yang menyebabkan kanser (kategori kelas pertama) dan terhasil dari proses pelunturan. Tuala wanita dibuat dari bahan terbuang seperti kertas/ pulpa kayu dan diproses, dilunturkan sehingga menjadi putih gebu. Proses membuat tuala wanita tidak membabitkan pensterilan menunjukkan ia mempunyai bakteria dan kuman. Tak hairan ada yang pernah jumpa ulat.

Maka, gunalah tuala wanita yang selamat dan berkualiti seperti FC Biosanitary Pad. Bebas kuman dan bahan berbahaya yang disahkan oleh Malaysia dan Singapura (Singapore is very strict with imported stuffs). Tuala wanita FC ini juga dibuat dari 100% kapas dan mempunyai 17 herba yang membantu kesihatan wanita dan juga merawat masalah-masalah seperti keputihan, senggugut dll.


-Create, Protect, Preserve (CPP)-

Cintai
Peranakan (rahim)
Perempuan


Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang memperbaiki amalannya~ Al-Baqarah, 195.


TAHNIAH KERANA ANDA BERJAYA MEMBACA ENTRI PALING PANJANG DI WRITING TO SHARE!

********************************************************************************************

Reference:Prof Madya Dr Ahmad Shukri, Prof Madya Dr Mohd Nazri (Pakar Sakit Puan), dan CM Noraini

5 comments:

DeQdEq said...

terima kasih dear sbb sudi join...
akak dh balas email dan terangkan apa sebenarnya...

TeacherAzimah said...

nice entry...

Mohammad Lokman Hakim said...

wah, really nice article. like it

Nadhirah Ahmad said...

teacher: trima kasih

lokman: tq. tp sbnrnya tak menepati cntest ini. kene modified balik.

Nadhirah Ahmad said...

teacher: trima kasih

lokman: tq. tp sbnrnya tak menepati cntest ini. kene modified balik.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...