Sunday, February 13, 2011

Ya Allah, Tolonglah Saya!

Pernah rasa susah tak tapi tak ada orang nak tolong? Teman ketawa senang dicari. Teman menangis susah nak dapat. Fitrah manusia ni bila susah baru terhegeh-hegeh nak mengadu kat Allah. Bila dapat IPad, sibuk nak cakap terima kasih kat pemberi sampai terlupa yang Allah memberi rezeki kepada pemberi IPad itu menyebabkan dia mampu membelinya.

Saje sebut pasal IPad sebab cam cool je kalau ada. Tapi tak tahu pun IPad tu untuk apa, spesifikasinya apa (saya fail bab gadget). Silap2 IPad jadi macam mp4, videocam. Tersimpan rapi sebab tak rasa macam kena guna. Aish.

Berbalik pada persoalan tadi, memang benar kita kena minta tolong dengan Allah. Cerita tentang seorang pakcik. Kampung dia banjir, dia berdoa pada Allah supaya selamatkan dia dengan berhentinya hujan. Bila orang datang dengan bot sebab air dah naik, dia cakap takpe. Aku ada Allah untuk tolong aku. Orang ajak sampai naik fed up, orang pun tinggal je pakcik ini. Pakcik ini pun terus berdoa pada Allah supaya dia diselamatkan dengan berhentinya hujan. Helikopter pula datang dengan spotlight fokus pada rumah pakcik ini. Orang jerit untuk ajak pakcik naik helikopter sebab air dah dalam sampai bahu dah. Pakcik ini tetap kata dia nak berdoa pada Allah supaya hujan berhenti supaya dia selamat. Namun akhirnya, pakcik ini mati lemas.


Apa input cerita ini? Pertolongan Allah itu berbagai bentuk dan cara. Realiti, mungkin kita tak ada duit dan kita minta Allah bagi kita kaya. Orang ajak kita buat bisnes, kita tak nak sedangkan Allah dah tolong bagi kita jalan untuk baiki kewangan. Allah tak bagi orang yang ada masalah kewangan dengan jatuhkan duit dari langit. Dia anugerahkan jalan untuk kita, cuma kita yang tentukan nak ambil atau tidak.

Satu lagi contoh, dalam belajar. Mengeluh siang malam tak pandai subjek ini. Doa setiap waktu minta dapat 4 flat. Tapi, bila orang tanya faham ke tak, cakap semua faham. Bila Allah dah bagi lecturer dan kawan yang pandai2, tapi tak nak tanya. Kadang-kadang kita tak nampak pertolongan Allah yang diberi sebab sibuk nak expect pertolongan yang seperti kita nak.

Saya nak 4 flat kan, jadi buat assignment betul2. Tak pandai, tanya lecturer, tanya kawan yang lebih pandai. Nak Skyline kan, buat bisnes Avail. Nak lagi senang? "Mumy, kalau dapat best student boleh tak bagi Skyline?". "Budak perempuan tak boleh bawa kereta mahal"-Dady. Pergh.. Dady jeles sebab tak dapat Skyline time muda2 la tu. Ok cukup mengarut. Sebenarnya baru tahu Skyline sangat hensem. Sedih kan, umur 21 baru kenal Skyline.



4 comments:

Wz Fadhlan said...

Allah sendiri menyusahkan hambaNYA dulu baru memberi yang terbaik untuk hambanya, tapi jika kita masih menzalimi diri kita, ALLAH tidak akan menolong diri sehingga kita merubah dari menzalimi diri kita kepada menyanyangi diri kita

http://wzdefella.blogspot.com/2011/02/is-all-about-us.html

Kalau kita masih tidak faham apa itu HIDUP, mungkin kita akan sentiasa ceria dan gembira selalu(pelikkan tapi bermakna)

MataHati @ MH said...

selain berdoa, kita juga kena berusaha untuk buat sesuatu. Tuhan takkan bagi mcm tu jer kalau kita sekadar tahu berdoa tapi tak nak berusaha

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

dengan motivation, dengan usaha, dengan tawakal, dengan semangat kental, isnyaAllah kejayaan dan 4flat di hadapan anda dengan mudahnya:)

Nobita Sensei said...

skyline kacak you.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...