Thursday, February 17, 2011

Waktu Larangan Berleter

Biasa berleter ni dikaitkan dengan kaum hawa. Saya setuju. Cuma berleter ini biarlah pada tempatnya dan elakkanlah guna perkataan negatif.


Pernah ada seorang lelaki ini mempunyai seorang isteri yang suka berleter. Lelaki ini pun nak tanya pendapat Saidina Umar. Dalam perjalanan ke rumah Saidina Umar, dia terdengar isteri Saidina Umar berleter. Maka, lelaki ini pun patah balik. Saidina Umar yang perasan lelaki ini nak datang rumah dia pun bertanya kenapa lelaki itu patah balik. Lelaki itu pun berkata yang dia nak tanya pendapat tapi tengok Saidina Umar mengalami perkara sama. Saidina Umar pun jelaskan kepada lelaki itu yang isteri berleter kerana penat buat kerja, memasak, uruskan anak dan berleter itu cara mereka meluahkan perasaan mereka.

Okey, nak kongsi sedikit waktu yang kita patut cuba elakkan untuk berleter. Tak kira sebagai ibu/ bapa/ isteri/ suami.

1) Waktu suami nak pergi kerja
2) Waktu suami baru pulang dari kerja
3) Waktu anak baru bangun nak pergi sekolah
4) Waktu anak baru balik dari sekolah
5) Waktu pasangan/ anak sakit
6) Waktu honeymoon
7) Waktu memandu

Berleter ini biasanya untuk kebaikan lebih-lebih lagi jiwa seorang ibu mahukan semua perfect untuk anak-anak. Untuk bahagia juga, sesebuah keluarga haruslah mengamalkan 5-saling.

1) Saling menyayangi
2) Saling menghormati
3) Saling tolak-ansur
4) Saling mempercayai
5) Saling memahami

Ok. Itu dari segi praktikal. Dari segi doa, surah Ali-Imran ayat ke-83 untuk melembutkan/menjinakkan pasangan. Dibaca 7 kali selepas setiap waktu solat atau hembuskan ketika pasangan sedang tidur.

Wah, macam 15 tahun pengalaman berumah-tangga je gaya menulis. Cuma perkongsian dari Semanis Kurma tadi. Oh, ye. Tadi jumpa dengan staff saya, dia bagitahu yang ada orang tanya dia yang saya ni dah nak bertunang ke. Gulp!

5 comments:

Shafiq said...

Macam ada pengalaman je.. hehe

Nadhirah Ahmad said...

syfq: huhu. dh brmhtgga 15 thn ni.heeeeee

khAINIza said...

Tengok jugak semanis kurma malam tadi ;)

gabanMorka said...

waktu paling ideal berleter ialah ketika suami tiada di rumah.berleter la sorang2


haha

Nadhirah Ahmad said...

khainiza: interestingkan tjuk mlm td
Gaban: haha. tp xpuas plak bleter xde org dgr

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...