Friday, February 25, 2011

Senyum Tak Nampak Gigi


Saya mahu join contest senyum tak nampak gigi yang dianjurkan oleh Muazatul Adawiyah (Muas). Blogger yang asal dari Terengganu. Senegeri dengan saya. Ramai betul yang join contest dia. Tengok dari comment, 625. Mantap!

Masa baby posing malu nak tunjuk gigi. Yelah, tahun 1990, umur baru beberapa bulan. Gigi pun tak lengkap lagi. Malu lah senyum nampak rongak. Tahun 1999, masih senyum tak nampak gigi. Kenapa erk? Dalam banyak2 gambar kat atas tu, tahun 1999 paling menunjukkan ketembaman pipi. Bila tembam, kurang confidence level (takut lemak terserlah).

Darjah 6 saya pakai braces sebab ada gigi yang tak boleh keluar. Akhir tingkatan 1, braces dicabut, tapi saya tak follow up. Lama-lama jadi tak sama balik satu gigi yang bahagian depan. Sebab itulah, 2006-2011 senyum tak nampak gigi. And I think I look better smiling that way.

Senyum ni tak kisah lah nampak gigi ke tak, ia menunjukkan sesuatu yang positif. Ingat tak masa baby dulu2, first time kita senyum. Suka sangat mak ayah bila tengok anak dia dah pandai guna otot muka. Bila kita senyum kita guna 5-53 otot muka. Jadi, bagi yang malas nak jogging macam saya, boleh lah tengok cerita komedi banyak-banyak 30 minit, 2-3 kali seminggu. Kalau orang tuduh anda buang masa, tepis tuduhan itu kerana anda sebenarnya sedang exercise!

Semua orang tak kira dari negara mana akan faham yang senyum itu sesuatu kelakuan yang positif. Contoh, tiba-tiba saya terdampar kat Zimbabwe. Muka sedih lapar giler sebab nak beli makanan tak ada duit. Dengan tunjuk muka kesian, orang pun bagi lah saya sekeping biskut. Nak cakap thank you dalam bahasa yang diguna pakai di Zimbabwe tak pandai. Saya pun senyum dengan lebarnya pada dia, dan itu sudah cukup untuk menunjukkan saya berterima kasih kepada pemberi biskut itu.

Bila kita senyum, hormon endorfin akan terhasil. This hormone make us feel better. Tak hairanlah orang gila gembira dengan hidup mereka walaupun tak mandi berbulan-bulan. Sebab mereka sentiasa senyum. Banyak sangat endorfin terhasil kot.

A smile may indicates all of these meanings.

Sweet
Marvelous
Interested
Love
Excitement

Tunggu apa lagi, SENYUMLAH SEKARANG.

Tag pembaca yang selalu datang blog saya- Paklang, Yuni, Syafiq, Akmal, Kay_are.




Making the world a better place with smiles



2 comments:

Mohammad Lokman Hakim said...

saye nak masuk jugak boleh. sebab gigi saye macam pagar tak siap buat.jd xboleh senyum besar2 jugak.hehe.....

Nadhirah Ahmad said...

masuk la. kn sy tag tu

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...