Thursday, February 3, 2011

Nak Pahala, Dapat Dosa

Hari ini ialah Hari Raya Cina (walaupun gambar Raya Aidilfitri). Ramai balik kampung. Kunjung-mengunjung rumah sanak-saudara memandangkan cuti lama. Yang beraya adalah Cina, tetapi Melayu tak kurangnya seperti menyambut Syawal. Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu lebih banyak kereta dari keadaan biasanya sudah cukup menunjukkan semua mod raya.


Bercakap tentang ziarah keluarga yang biasanya dilakukan ketika Syawal, terdetik suatu masalah yang kadang-kala saya terpaksa hadapi. Contohnya di rumah nenek, ramai saudara-mara balik. Sepupu, adik ipar, kakak ipar, abang ipar, bapa saudara semua berteduh bawah suatu bumbung. Ramainya yang fikir bila keluarga, tak payah tutup aurat. Bertepuk-tampar kurang dijaga. Pengasingan tempat tidur diambil ringan.

Hubungan kekeluargaan yang perlu dijaga aurat adalah (jika berlainan jantina):

1) Sepupu
2) Abang/ Kakak/ Adik Ipar
3) Bapa/Ibu saudara Sabit (bapa/ibu saudara anda kerana perkahwinan)
4) Biras

Yang ini kira yang yang basic lah sebab hubungan kekeluargaan di atas tadi tu, yang biasa kita jumpa dan tinggal serumah sebab hubungan keluarga tu masih dekat. Bukan bau-bau bacang. Sebab dekat lah, ramai fikir tak perlu tutup aurat dengan alasan dari kecil main sama-sama, dari kecil tengok, takkan nak berkira kot. Ambil gambar bersama sepupu dengan pipi bertemu pipi pun, dianggap perkara biasa.

Serupa juga dengan bersalam. Pernah berdepan dengan orang yang dah berumur menyuruh saya bersalam dengan sepupu lelaki. Alasannya, sepupu lelaki itu dah dikira macam abang dah, dan salam itu sebagai hormat. Niat untuk hormat, tapi buat masih bedosa juga kan. Niat tak menghalalkan cara. Berzina dengan niat untuk melahirkan zuriat soleh dan solehah. Aish..

Jika kita seorang sahaja yang menegakkan hal ini, itulah cabaran untuk uji iman kita. Dan jika ahli keluarga semua faham tentang hukum-hukum ini, alhamdulillah kerana ia memudahkan kita. Tetapi kalau mereka tak faham tetapi rasa susah nak tegur secara lisan, share di facebook mereka tentang artikel-artikel berkaitan. Moga-moga kita semua dapat memahami dan mempraktikkannya. Dan faham hanya muncul jika diberi kefahaman.


Hukum Bukan Menyusahkan, Tetapi Cara Melindungi


2 comments:

Ayuni said...

btul!

محمد زهراوي said...

http://mohamadzahrawi.blogspot.com/2011/01/jom.html

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...