Friday, February 18, 2011

Mahalnya Syurga Allah

Abu Hurairah r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

'Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid.Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal':

Apakah yang telah kamu lakukan?

Jawabnya: Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.

Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia), kemudian diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.

Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.

Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?

Jawabnya: Aku telah belajar dan mengajar ilmu, aku juga membaca al-Quran,

semuanya keranamu Ya Allah.

Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata

kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.

Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.

Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut

Jawabnya: Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.

Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.

Apabila Saidina Muawiyah r.a. mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga

tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:

Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman

dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya:

'Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya',

nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia

dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.

(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)




Dapat post ini dari Facebook. Terima kasih kepada penulisnya (saya tak tahu siapa).

2 comments:

Shafiq said...

Aduyai..rasa macam kecik sangat diri ni..

kay_are said...

macam mane lak r akan diri ku yang sememang nye banyak wat salah ni.. ish ish..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...